26 September 2013

Selamat bergasak di KFC-Utusan 2013


Assalamualaikum

Kepada peminat sepaktakraw tanahair, saya mewakili krew Bolarotan Media & Publication mengucapkan selamat bertanding di Kejohanan Sepaktakraw KFC-Utusan 2013. Sekalung tahniah kepada Cikgu Syarudin Nazir kerana terus diberi kepercayaan oleh Kumpulan Utusan untuk mengendalikan kejohanan edisi 2013 ini.

Insyallah dengan banyak usaha penambahbaikan yang dilakukan oleh pasukan gerak kerja Cikgu Syarudin bakal memeriahkan lagi dan mengangkat sepaktakraw ke peringkat lebih tinggi. Sayangnya kejohanan kali ini bertembung dengan Istaf Super Series dan ini bermaksud peminat terlepas peluang menyaksikan pemain utama negara beraksi di KFC-Utusan.

Ramai juga pemain yang terlepas peluang beraksi tahun ini dengan pelbagai sebab. Apa pun sesuatu yang agak mengecewakan apabila kategori antara negeri yang penyertaannya adalah percuma dengan hadiah lumayan tidak mendapat sambutan. Ini sekaligus membuktikan banyak negeri perlu mengalami proses pertukaran kepimpinan kerana begitu ramai pemimpin diperingkat negeri yang PEMALAS. Lepaskan saja kerusi itu kalau tidak mahu berbakti lagi.

Saya mewakili krew meminta maaf terutama kepada Cikgu Syarudin dan Puan Azura kerana tidak dapat turut serta kerana kami bertugas di Kuantan mulai esok hingga Ahad nanti. Semoga semuanya berjalan lancar dan kepada ahli MBR khususnya yang menyertai atau menonton, silalah berkongsi foto / video / info semasa di laman Facebook MBR.

Semoga sukses!

SJG Temiang Muar






23 September 2013

kejohanan sepak takraw sempena karnival sukan komuniti putrajaya 2013

alhamdulillah, semalam saudara khairul faiezin berkesempatan untuk singgah di kejohanan sepak takraw sempena karnival sukan komuniti putrajaya 2013 yang diadakan di kompleks sukan taman pancarona presint 18 putrajaya.

berikut merupakan foto-foto yang sempat dirakam :
 
separuh akhir pertama terbuka

separuh akhir kedua terbuka


aksi gulung masran

shafiq rahman turut melibas

bob dengan servis meletopnya

shahidan masri dengan aksinya

bola tap dari amirul

menyudu bola

shahir feeder salur

Add caption

perlawanan akhir tertutup


21 September 2013

Tahniah Norshahrudin, Farhan Adam, Shahidan Ali dan Regu Malaysia!

Tiada perkataan yang mudah diungkap apabila mendapat berita regu negara yang dibarisi Norshahrudin, Farhan dan Shahidan menebus kembali tewas 0-3 kepada Korea Selatan di India beberapa minggu lalu di King Cup 2013 acara antara regu.

Kemenangan mereka ini adalah sesuatu yang amat dinantikan oleh peminat tanahair setelah dikritik hebat apabila kalah kepada Korea oleh segenap lapisan rakyat dari Menteri KBS sendiri hingga ke individu yang tidak mengikuti perkembangan sepaktakraw tanahair amnya. 15-10, 17-16, 15-13 iaitu 3-0 adalah satu amaran keras buat pasukan negara lain yang berjaya dijelmakan oleh regu ini.

Shahidan (duduk 2 dari kiri) ketika muncul juara di KFC - Utusan tahun lalu Zon Tengah kategori IPTA

Cabaran kali ini digalas oleh regu yang sama dan bezanya, Shahidan Ali, mengambil tempat selaku tekong utama. Pemain muda kelahiran Melaka yang tinggi lampai ini pernah ditemubual oleh Bolarotan dahulu ketika KFC - Utusan di Paroi dan kini, beliau muncul sebagai sandaran negara walaupun sebelum ini ramai juga mempersoalkan kenapa kelibat beliau jarang dilihat beraksi.

Meskipun begitu, terdapat juga kontroversi mengenai keputusan pengadil ketika perlawanan akhir tadi. Saksikan di sini

Dengan ketinggian mencecah 190sm, Shahidan Ali dilihat mampu memberikan kesan kepada keampuhan skuad negara. Digandingkan dengan dua apit berpengalaman, Farhan dan Norshahrudin, regu ini pastinya membuatkan Korea Selatan tertanya - tanya dan pastinya mengundang gerun buat Thailand.

Syabas Malaysia!


13 September 2013

Syarat dan Peraturan Kejohanan Sepaktakraw Terbuka PKNS 2013


1.        Peraturan

1.1.  Kejohanan ini dijalankan berdasarkan UNDANG-UNDANG PERMAINAN SEPAK TAKRAW ISTAF yang berkuatkuasa pada ketika ini.
1.2.  Sebarang perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan dan Undang-Undang ini akan diputuskan seperti berikut:
1.2.1.    Perkara am berbangkitakan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan.
1.2.2.    Perkara berbangkit berkaitan teknikal dan Pengadilan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pertandingan.

2.        Syarat- syarat penyertaan

2.1.  Pertandingan ini terbuka kepada semuawarga Malaysia.  Hanya seorang pemain Negeri / Negara sahaja dibenarkan mewakili setiap regu.
2.2.  Pemain yang berumur20 tahun kebawah (lahir selepas tahun 1993) dan 40 tahun ke atas(lahir sebelum tahun 1973) tidak dikira sebagai pemain Negeri/Negara.
2.3. Penganjur atau pengadil berhak menolak atau membatalkan penyertaan jika telah melanggar mana-mana syarat yang telah ditetapkan.
2.4.  Setiap regu boleh mendaftar minima 3 orang pemain dan satu orang pemain simpanan, seorang pengurus dan seorang jurulatih.
2.4.1.    Hanya pemain yang berdaftar melalui borang penyertaan sahaja yang layak bermain.
2.5.  Aspek komposisi kaum adalah digalakkan.
2.6.  Setiapregu yang telah mendaftar dan membuat pembayaran akan kehilangan yuran penyertaan sekiranya melanggar atau dengan sengaja tidak mematuhi mana-mana syarat yang telah dinyatakan.
2.7.  Penyertaan dan pendaftaran adalah terhad kepada 64 regu sahaja.
10 pendaftaran terawal beserta yuran penyertaan akan diberikan cenderahati.

3.        Borang dan bayaran penyertaan

3.1.  Borang penyertaan dan keterangan lanjut boleh diperolehi daripada pihak pengurusan kejohanan atau talian berikut :
    
3.1.1.1.03 - 7873 5175 Amalina Bt. Suimeyami (Pendaftaran)
03 - 7873 5176 Jafri bin Jamedin
03 - 7873 5068 (Fax)

3.2.  Setiap regu yang ingin menyertai pertandingan ini dikenakan bayaran sebanyak RM200 sahaja.
3.3. Bayaran hendaklah dibuat secara tunai bersama dengan borang penyertaan serta salinan kad pengenalan setiap pemain sebagai pengesahan menyertai kejohanan ini.
3.4.  Tarikh tutup penyertaan adalah pada Hari Selasa, 01 Oktober 2013 JAM 12.00 tengah hari atau 64 pasukan (mana yang terawal) di Pejabat Bahagian Pembangunan Sukan, Kompleks Sukan PKNS SS7, Kelana Jaya.

4.        Sistem pertandingan

4.1.  Pertandingan ini akan dijalankan secara Sistem Kalah Singkir
4.2.  Format sistem kiraan mata 15 (best of 3/maksimum tiga set) terkini yang dipraktikkan oleh PSM akan digunapakai dalam pertandingan ini.
4.3.  Mana-mana regu yang tidak berada digelanggang setelah dipanggilakan diberi masa menunggu selama15minit dan kemenangan percuma akan diberikan kepada pihak lawan yang menunggu digelanggang selama tempoh masa yang diberikan.

5.        Tempat, Tarikh Dan Masa Kejohanan

5.1.  Kejohanan ini akan diadakan di

KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN SEKSYEN 7, SHAH ALAM
LOT 4, JALAN PLATINUM 7/52, SEKSYEN 7,
PERSIARAN KAYANGAN, 40000 SHAH ALAM.

6.        Pengundian:

6.1.  Undian akan dijalankan pada Hari Khamis, 03 Oktober 2013 JAM 3.00 petang bertempat di Dewan seri Nilam, Kompleks Sukan PKNS SS7, Kelana Jaya.
6.2.  Pasukan yang menyertai Kejohanan ini hendaklah menghantar wakil untuk undian ini.
6.3.  Jika wakil tidak ada, maka Pihak Penganjur akan meneruskan undian dan keputusan undian adalah muktamad.

7.        Hadiah-Hadiah

7.1.Johan                                   : Wang Tunai RM 5,000.00.
7.2.Naib Johan                           : Wang Tunai RM 3,000.00.
7.3.Ke-3(1) & ke-3(2)                  : Wang Tunai RM 1,500.00.
7.4.Suku Akhir(4)                         : Wang Tunai RM300.00.

8.        Pengadilan:

8.1.    Semua pertandingan akan diadili oleh Pengadil-Pengadil Bertauliah yang dilantik oleh Lembaga Pengadil Persatuan Sepaktakraw Selangor.
8.2.    Keputusan Pengadil adalah muktamad.

9.        Bantahan

9.1.Sebarang Bantahan hendaklah dikemukakan tidak lewat daripada 30 minit selepas pertandingan tamat.
9.2.Hanya pengurus atau jurulatih pasukan yang layak membuat bantahan dan borang bantahan boleh di dapati dari pihak penganjur.
9.3.Semua bantahan hendaklah disertakan dengan wang pertaruhan sebanyak
RM200.00 sahaja, berserta borang bantahan dan bukti.
9.4.Wang Pertaruhan ini tidak akan dikembalikan jika bantahan tidak diterima, ia akan dikembalikan kepada pasukan jika bantahan diterima.

10.      Rayuan

10.1.  Juri Rayuan adalah terdiri daripada Jawatankuasa Pelaksana iaitu Jawatankuasa pertandingan atau wakil dan 3 orang wakil berkecuali yang tidak terlibat dalam bantahan/rayuan. Hanya pengurus atau jurulatih regu yang terlibat akan dipanggil semasa keputusan dibuat.
10.2.  Keputusan yang dibuat oleh Juri Rayuan adalah muktamad.

11.      Pakaian

11.1.   Semua pemain dimestikan memakai Jersi bernombor.
11.2.   Ketua regu mesti memakai “Arm Band

12.      Keselamatan Dan Tanggungjawab

12.1.  Semua Pegawai dan Pemain yang terlibat dan mengambil bahagian dalam kejohanan ini adalah dengan sukarela serta kemahuan sendiri, maka Keselamatan adalah Tanggungjawab diri anda sendiri.

13.      Perkara Am

Pihak penganjur berhak melakukan sebarang perubahan dan pindaan pada bila-bila masa jika dirasakan perlu.

Borangnya adalah seperti berikut




12 September 2013

Penajaan Bolarotan.com kepada Sekolah Sukan Seri Titiwangsa Kuala Lumpur

12hb September 2013 mencatat sejarah tersendiri buat Bolarotan.com setelah buat kali pertamanya menaja program diperingkat sekolah. Sekolah Sukan Negeri Kuala Lumpur atau Sekolah Sukan Seri Titiwangsa merupakan sekolah pertama yang menerima penajaan dari Bolarotan.com di mana tajaan berupa wang tunai dan T-shirt untuk pemain sepaktakraw bawah 15 tahun mereka serta guru dan jurulatih yang akan berangkat ke Nakhorn Thailand pada 15 September 2013.

Sumbangan tajaan ini adalah hasil dari penjualan produk Bolarotan seperti T-Shirt dan Sticker kereta. Sekalung terimakasih yang tidak terhingga kepada anda yang menyokong Bolarotan menerusi pembelian ini. 

Keberangkatan mereka ke Thailand ini adalah sebahagian dari siri pendedahan dan pengembangan bakat pemain muda terbaik di Kuala Lumpur masa kini, Selain dari SSTKL, Sekolah Sukan Mutiara Impian dan Sekolah Sukan Tunku Anum Kedah juga akan berangkat bagi menjayakan program latihan dan perlawanan percubaan 4 penjuru ini.
Barisan pelajar dari tingkatan 1 - tingkatan 4

SSTKL yang sebelum ini pernah muncul di Bolarotan.com (klik di sini untuk membacanya) kini telah pun kehilangan dewan latihan. Meskipun berstatus Sekolah Sukan Negeri, mereka tiada kemudahan dewan latihan. Yang ada hanyalah kawasan terbuka dan dengan musim hujan kini, pastinya latihan mereka terganggu. Dahulu ketika di Jalan Cochrane, mereka lengkap berbumbung meskipun pengcahayaan agak kurang baik. Tapi kini mereka pasrah. Untuk membina satu pavillion yang agak besar, saya menjangkakan kosnya tidak kurang dari RM200,000.00.


Beruntung SSTKL ini kerana mempunyai Pengetua, Penolong Kanan dan guru - guru yang sangat meminati sukan dan sepaktakraw khususnya. Kemahuan dan keazaman mereka mula membuahkan hasil dengan memiliki seramai 52 pelatih dari tingkatan satu hingga tingkatan 5. Ini merupakan satu jumlah yang cukup baik dalam membangunkan bakat di negara  ini.


Sekolah ini turut memiliki seorang pemain apit kiri yang diberi gelaran Beatle iaitu nama gelaran yang diberikan kepada salah seorang pengumpan hebat negara iaitu Jamery Idris. Nama Beatle ini mula diberikan kepada pemain iini seawal dia di tingkatan satu dan kini dia berusia 15 tahun. Nama Beatle diberikan oleh Cikgu Azhar, jurulatih pasukan ini kerana dia memiliki teknik permainan yang sangat mirip kepada Jamry Idris!


Selamat maju jaya kami ucapkan kepada SSTKL. Ikuti rakaman temubual saya dan En. Zamri iaitu Guru Penolong Kanan Kokurikulum yang mempunyai pandangan menarik mengenai sepaktakraw.


09 September 2013

T-shirt Bolarotan Edisi Mesir

Jangan lepaskan peluang untuk menempah t-shirt terbaru keluaran bolarotan.com....

06 September 2013

Kisah menarik PSM untuk renungan bersama

Dipetik dari Sepaktakraw.my

Mari kita lihat sedikit rangkuman PSM, MSN & KBS selepas perlucutan jawatan presiden sebelumnya akibat rasuah.

12/2002 - Datuk Ahmad Ismail dilantik sebagai Presiden & menang tanpa perlu hadir pada mesyuarat agung PSM. Mendapat 27 undi untuk menewaskan Jamal Nasir dengan majoriti 7 undi.

Selepas empat tahun memegang jawatan presiden..

08/2006 - Presiden mahu letak jawatan kerana sikap Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Majlis Sukan Negara (MSN) yang seolah-olah memandang rendah sukan tersebut. Katanya, selama tempoh beliau memegang jawatan presiden, boleh dikira berapa banyak bentuk bantuan yang dihulurkan oleh KBS dan MSN bagi membantu PSM. Minta gelanggang pun susah.

08/2006 - MSN nafi abaikan Sepaktakraw. Timbalan Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong yang terkejut dan dukacita dengan dakwaan itu, berkata, sepaktakraw dibantu dengan peruntukan RM3 juta, kemudahan logistik, pembangunan, pendedahan antarabangsa, penyediaan pakar sains sukan dan hal ehwal kebajikan. Kejohanan Jemputan Dunia di Pulau Pinang juga dibiayai RM190,000. Menurut Zolkples, MSN melaksanakan kursus, bengkel dan seminar kejurulatihan sejak tahun lalu yang bernilai RM103,278 manakala RM50,000 diluluskan bagi menganjurkan Piala Khir Johari, Mac lalu dan RM49,000 bagi satu seminar di Pulau Pinang.

08/2006 - Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Penaung PSM.

09/2006 - Sepaktakraw dianak tiri di bumi sendiri. Dari segi peruntukan dan penajaan pula, sepak takraw dilihat amat susah sekali untuk dapat penajaan oleh pihak KBS dan MSN jika dibandingkan sukan lain yang mewah ditaja malah pemain-pemainnya dilayan seperti artis. Itu belum dilihat dari segi kebajikan pemainnya. 

09/2006 - Sepaktakraw dalam program khas MSN. Presiden gembira kerana MSN bersedia menghulurkan bantuan & akan menjadi titik permulaan kepada PSM untuk kembali gemilang.

12/2007 - MSN kaji hala tuju PSM berikutan isu tarik diri di Sukan SEA ke-24 Korat. Datuk Zolkples Embong berkata, kerajaan telah membelanjakan wang yang banyak untuk memajukan sukan berkenaan tetapi tindakan PSM menarik diri daripada Sukan SEA Korat amat mengecewakan kerana menganggapnya sebagai satu pelaburan yang sia-sia dan boleh menggagalkan usaha kerajaan untuk memajukan lagi sukan tersebut.

12/2007 - Abdul Halim Kader menyangkal andaian bahawa dia berkrisis dengan Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Ahmad Ismail sehingga mendorong Malaysia menarik diri daripada sepak takraw Sukan SEA buat kali pertama sejak 1965.

12/2007 - Tok Mat dilarang saksi Sukan SEA.

12/2007 - Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF) mengambil langkah untuk mengheret Malaysia ke muka pengadilan gara-gara menarik diri daripada Sukan SEA Korat.

12/2007 - PSM beri bukti baru pada MSN & MOM dalam mempertahankan tindakan mereka menarik diri daripada Sukan SEA Korat. Kajian tersebut mendedahkan bola tersebut memang padat dan laju serta boleh mendatangkan kecederaan jangka panjang kepada otak kepada pemain.

01/2008 - PSM berhasrat untuk keluar dari badan induk Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF).

01/2008 - Jangan campur urusan PSM. Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Ahmad Ismail memberi amaran kepada pihak luar supaya tidak sesekali mencampuri urusan pentadbiran sukan di negara ini apatah lagi untuk mengalu-alukan pembentukan PSM alternatif sebagai ahli gabungan baru Persekutuan Sepak Takraw Asia (Astaf).

03/2008 - Hukuman PSM mungkin diringankan. Hanya hukuman ringan yang mungkin menjadi habuan Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) apabila kesnya dirujuk kepada Tribunal Siasatan dan Jawatankuasa Eksekutif Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf).

03/2008 - PSM bebas daripada hukuman. Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) secara rasmi menarik balik hukuman penggantungan sementara terhadap Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) dan presidennya, Datuk Ahmad Ismail.

07/2009 - Menteri Belia & Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek kecewa sepaktakraw merudum.

07/2009 - Menteri cabar skuad sepaktakraw untuk emas di Sukan SEA Loas.

02/2010 - Transformasi skuad sepaktakraw. Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong berkata, perubahan yang dilakukan itu ialah melibatkan aspek fizikal, mental dan spiritual yang kali ini lebih diberi penekanan selain menyerahkan kepercayaan penuh kepada jurulatih untuk membentuk skuad yang mantap.

05/2010 - Tingkatkan disiplin. Majlis Sukan Negara (MSN) menyambut baik langkah mengarahkan pemain sepaktakraw kebangsaan menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai Wataniah.

08/2010 - Thailand latih pasukan Malaysia?. Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong menganggap pengambilan jurulatih import sepak takraw dari Thailand, boleh dipertimbangkan.

09/2010 - KFC Utusan dilancarkan.

10/2010 - Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) sedia bekerjasama sekiranya penganjur Kejohanan Sepak Takraw KFC-Utusan Malaysia 2010 merancang mengadakan kejohanan bertaraf antarabangsa pada masa hadapan.

10/2010 - PSM di mana? Bermulanya kejohanan Kejohanan KFC-Utusan Malaysia menyebabkan banyak kejohanan sepaktakraw yang muncul. Tetapi kejohanan dari PSM semakin merundum.

11/2010 - MSN tidak pernah ragu untuk Malaysia bawa pulang emas.

11/2010 - Presiden Persekutuan Sepak Takraw Asia (Astaf), Abdul Halim Kader memberikan tiga dalil mengapa Datuk Ahmad Ismail wajar dikekalkan sebagai Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), sekalipun beliau mahu mengotakan janji meletakkan jawatan ekoran kegagalan skuad negara membawa pulang pingat emas Sukan Asia XVI Guangzhou.

02/2011 - Tok Mat perlu kembali terajui PSM.

02/2011 - Perses, PSTI pertahan Tok Mat.

12/2011 - Negara perlu 5 tahun lagi bagi pulih sepaktakraw kata PSM

9/2013 - Menteri Belia & Sukan sekat peruntukan PSM.

04 September 2013

ADTP Bentong 2013

1 September 2013 menyaksikan ADTP atau Air Di Cincang Takkan Putus iaitu salah satu program Masyarakat Bolarotan dijalankan dengan jayanay di Bentong Pahang. Ini merupakan siri kedua ADTP dan kali ini suasana lebih meriah kerana 13 regu berjaya dibentuk. Malah, kutipan sumbangan bagi Allahyarham Fauzi Ghadzali juga dijalankan  dan sejumlah RM530 berjaya dikutip.

Bentong kali ini dijadikan lokasi kerana memikirkan jaraknya yang tidak terlalu jauh dari Kuala Lumpur dan selain itu, perkembangan gelanggang ini juga menarik atas usaha beberapa ahli MBR di sana seperti Cikgu Nik, Wadiey Feeder dan beberapa yang lain.

ADTP dimulakan dengan berkumpul di Shell MRR2 dan kami bertolak sekitar 9.45 pagi. Setibanya di sana taklimat diberikan kepada semau yang terlibat dari segi perjalanan program, kutipan dan peraturan ADTP. Seramai 40 orang yang hadir dan 13 regu berjaya dibentuk. Format liga 4 kumpulan dan 2 teratas dalam kumpulan layak ke suku akhir. 


Pemain - pemain dengan nama besar juga hadir seperti Joy Perak dan Cikgu Budin turut serta memeriahkan majlis. Di waktu tengahari, kami semua menjamu selera di Restoran Lemang Tok Ki yang sangat terkenal dengan lemang serta Keli Salai sempena dengan sambutan Aidilfitri. Selepas solat Zuhur, kami dijamu pula dengan durian!

Perlawanan bersambung semula 2.30 petang dan berakhir jam 5.30 petang. Tahniah kepada semua yang hadir dan terlibat. Terimakasih kepada yang sudi menyumbang dan sekalung penghargaan kami kepada ahli MBR Bentong yang sudi menyambut kami dengan begitu meriah sekali. Semoga bertemu di siri akan datang!

Berikut ialah foto dan video rangkuman ADTP kali ini.

Sebelum mula bergasak

Cikgu Nik menyampaikan taklimat

Undian

Warm - up

Antara yang hadir

Pengerusi Teknikal

Sittipong Malaysia dari Kuantan

Mat Rock

Salur!

Hand-stand!

Abu beraksi di posisi killer

Keras sangat regu ni

Antara Otai yang mengambil bahagian

Brader Asmawi Zack menebarkan kakinya!

Wadiey melakukan hantaran

Bud - Bud yang kental

Baik servis brader ni

Amran beraksi sebagai pengadil..seriusnya!

Siapa lipat siapa block ni?

Regu juara bergasak

Anak - anak juga seronok sepanjang hari

Barisan finalis dan pengadilnya


Joy vs Nik

Hadiah disampaikan oleh Bendahari MBR

Collect!





 Regu Johan ADTP Bentong 2013

Pemain terbaik ADTP 2013

hOOOREYY!

Cenderamata kenangan dari Bentong kepada MBR