06 September 2013

Kisah menarik PSM untuk renungan bersama

Dipetik dari Sepaktakraw.my

Mari kita lihat sedikit rangkuman PSM, MSN & KBS selepas perlucutan jawatan presiden sebelumnya akibat rasuah.

12/2002 - Datuk Ahmad Ismail dilantik sebagai Presiden & menang tanpa perlu hadir pada mesyuarat agung PSM. Mendapat 27 undi untuk menewaskan Jamal Nasir dengan majoriti 7 undi.

Selepas empat tahun memegang jawatan presiden..

08/2006 - Presiden mahu letak jawatan kerana sikap Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Majlis Sukan Negara (MSN) yang seolah-olah memandang rendah sukan tersebut. Katanya, selama tempoh beliau memegang jawatan presiden, boleh dikira berapa banyak bentuk bantuan yang dihulurkan oleh KBS dan MSN bagi membantu PSM. Minta gelanggang pun susah.

08/2006 - MSN nafi abaikan Sepaktakraw. Timbalan Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong yang terkejut dan dukacita dengan dakwaan itu, berkata, sepaktakraw dibantu dengan peruntukan RM3 juta, kemudahan logistik, pembangunan, pendedahan antarabangsa, penyediaan pakar sains sukan dan hal ehwal kebajikan. Kejohanan Jemputan Dunia di Pulau Pinang juga dibiayai RM190,000. Menurut Zolkples, MSN melaksanakan kursus, bengkel dan seminar kejurulatihan sejak tahun lalu yang bernilai RM103,278 manakala RM50,000 diluluskan bagi menganjurkan Piala Khir Johari, Mac lalu dan RM49,000 bagi satu seminar di Pulau Pinang.

08/2006 - Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Penaung PSM.

09/2006 - Sepaktakraw dianak tiri di bumi sendiri. Dari segi peruntukan dan penajaan pula, sepak takraw dilihat amat susah sekali untuk dapat penajaan oleh pihak KBS dan MSN jika dibandingkan sukan lain yang mewah ditaja malah pemain-pemainnya dilayan seperti artis. Itu belum dilihat dari segi kebajikan pemainnya. 

09/2006 - Sepaktakraw dalam program khas MSN. Presiden gembira kerana MSN bersedia menghulurkan bantuan & akan menjadi titik permulaan kepada PSM untuk kembali gemilang.

12/2007 - MSN kaji hala tuju PSM berikutan isu tarik diri di Sukan SEA ke-24 Korat. Datuk Zolkples Embong berkata, kerajaan telah membelanjakan wang yang banyak untuk memajukan sukan berkenaan tetapi tindakan PSM menarik diri daripada Sukan SEA Korat amat mengecewakan kerana menganggapnya sebagai satu pelaburan yang sia-sia dan boleh menggagalkan usaha kerajaan untuk memajukan lagi sukan tersebut.

12/2007 - Abdul Halim Kader menyangkal andaian bahawa dia berkrisis dengan Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Ahmad Ismail sehingga mendorong Malaysia menarik diri daripada sepak takraw Sukan SEA buat kali pertama sejak 1965.

12/2007 - Tok Mat dilarang saksi Sukan SEA.

12/2007 - Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF) mengambil langkah untuk mengheret Malaysia ke muka pengadilan gara-gara menarik diri daripada Sukan SEA Korat.

12/2007 - PSM beri bukti baru pada MSN & MOM dalam mempertahankan tindakan mereka menarik diri daripada Sukan SEA Korat. Kajian tersebut mendedahkan bola tersebut memang padat dan laju serta boleh mendatangkan kecederaan jangka panjang kepada otak kepada pemain.

01/2008 - PSM berhasrat untuk keluar dari badan induk Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF).

01/2008 - Jangan campur urusan PSM. Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Ahmad Ismail memberi amaran kepada pihak luar supaya tidak sesekali mencampuri urusan pentadbiran sukan di negara ini apatah lagi untuk mengalu-alukan pembentukan PSM alternatif sebagai ahli gabungan baru Persekutuan Sepak Takraw Asia (Astaf).

03/2008 - Hukuman PSM mungkin diringankan. Hanya hukuman ringan yang mungkin menjadi habuan Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) apabila kesnya dirujuk kepada Tribunal Siasatan dan Jawatankuasa Eksekutif Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf).

03/2008 - PSM bebas daripada hukuman. Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) secara rasmi menarik balik hukuman penggantungan sementara terhadap Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) dan presidennya, Datuk Ahmad Ismail.

07/2009 - Menteri Belia & Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek kecewa sepaktakraw merudum.

07/2009 - Menteri cabar skuad sepaktakraw untuk emas di Sukan SEA Loas.

02/2010 - Transformasi skuad sepaktakraw. Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong berkata, perubahan yang dilakukan itu ialah melibatkan aspek fizikal, mental dan spiritual yang kali ini lebih diberi penekanan selain menyerahkan kepercayaan penuh kepada jurulatih untuk membentuk skuad yang mantap.

05/2010 - Tingkatkan disiplin. Majlis Sukan Negara (MSN) menyambut baik langkah mengarahkan pemain sepaktakraw kebangsaan menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai Wataniah.

08/2010 - Thailand latih pasukan Malaysia?. Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong menganggap pengambilan jurulatih import sepak takraw dari Thailand, boleh dipertimbangkan.

09/2010 - KFC Utusan dilancarkan.

10/2010 - Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) sedia bekerjasama sekiranya penganjur Kejohanan Sepak Takraw KFC-Utusan Malaysia 2010 merancang mengadakan kejohanan bertaraf antarabangsa pada masa hadapan.

10/2010 - PSM di mana? Bermulanya kejohanan Kejohanan KFC-Utusan Malaysia menyebabkan banyak kejohanan sepaktakraw yang muncul. Tetapi kejohanan dari PSM semakin merundum.

11/2010 - MSN tidak pernah ragu untuk Malaysia bawa pulang emas.

11/2010 - Presiden Persekutuan Sepak Takraw Asia (Astaf), Abdul Halim Kader memberikan tiga dalil mengapa Datuk Ahmad Ismail wajar dikekalkan sebagai Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), sekalipun beliau mahu mengotakan janji meletakkan jawatan ekoran kegagalan skuad negara membawa pulang pingat emas Sukan Asia XVI Guangzhou.

02/2011 - Tok Mat perlu kembali terajui PSM.

02/2011 - Perses, PSTI pertahan Tok Mat.

12/2011 - Negara perlu 5 tahun lagi bagi pulih sepaktakraw kata PSM

9/2013 - Menteri Belia & Sukan sekat peruntukan PSM.

No comments:

Post a Comment