12 September 2013

Penajaan Bolarotan.com kepada Sekolah Sukan Seri Titiwangsa Kuala Lumpur

12hb September 2013 mencatat sejarah tersendiri buat Bolarotan.com setelah buat kali pertamanya menaja program diperingkat sekolah. Sekolah Sukan Negeri Kuala Lumpur atau Sekolah Sukan Seri Titiwangsa merupakan sekolah pertama yang menerima penajaan dari Bolarotan.com di mana tajaan berupa wang tunai dan T-shirt untuk pemain sepaktakraw bawah 15 tahun mereka serta guru dan jurulatih yang akan berangkat ke Nakhorn Thailand pada 15 September 2013.

Sumbangan tajaan ini adalah hasil dari penjualan produk Bolarotan seperti T-Shirt dan Sticker kereta. Sekalung terimakasih yang tidak terhingga kepada anda yang menyokong Bolarotan menerusi pembelian ini. 

Keberangkatan mereka ke Thailand ini adalah sebahagian dari siri pendedahan dan pengembangan bakat pemain muda terbaik di Kuala Lumpur masa kini, Selain dari SSTKL, Sekolah Sukan Mutiara Impian dan Sekolah Sukan Tunku Anum Kedah juga akan berangkat bagi menjayakan program latihan dan perlawanan percubaan 4 penjuru ini.
Barisan pelajar dari tingkatan 1 - tingkatan 4

SSTKL yang sebelum ini pernah muncul di Bolarotan.com (klik di sini untuk membacanya) kini telah pun kehilangan dewan latihan. Meskipun berstatus Sekolah Sukan Negeri, mereka tiada kemudahan dewan latihan. Yang ada hanyalah kawasan terbuka dan dengan musim hujan kini, pastinya latihan mereka terganggu. Dahulu ketika di Jalan Cochrane, mereka lengkap berbumbung meskipun pengcahayaan agak kurang baik. Tapi kini mereka pasrah. Untuk membina satu pavillion yang agak besar, saya menjangkakan kosnya tidak kurang dari RM200,000.00.


Beruntung SSTKL ini kerana mempunyai Pengetua, Penolong Kanan dan guru - guru yang sangat meminati sukan dan sepaktakraw khususnya. Kemahuan dan keazaman mereka mula membuahkan hasil dengan memiliki seramai 52 pelatih dari tingkatan satu hingga tingkatan 5. Ini merupakan satu jumlah yang cukup baik dalam membangunkan bakat di negara  ini.


Sekolah ini turut memiliki seorang pemain apit kiri yang diberi gelaran Beatle iaitu nama gelaran yang diberikan kepada salah seorang pengumpan hebat negara iaitu Jamery Idris. Nama Beatle ini mula diberikan kepada pemain iini seawal dia di tingkatan satu dan kini dia berusia 15 tahun. Nama Beatle diberikan oleh Cikgu Azhar, jurulatih pasukan ini kerana dia memiliki teknik permainan yang sangat mirip kepada Jamry Idris!


Selamat maju jaya kami ucapkan kepada SSTKL. Ikuti rakaman temubual saya dan En. Zamri iaitu Guru Penolong Kanan Kokurikulum yang mempunyai pandangan menarik mengenai sepaktakraw.


No comments:

Post a Comment