26 September 2013

Selamat bergasak di KFC-Utusan 2013


Assalamualaikum

Kepada peminat sepaktakraw tanahair, saya mewakili krew Bolarotan Media & Publication mengucapkan selamat bertanding di Kejohanan Sepaktakraw KFC-Utusan 2013. Sekalung tahniah kepada Cikgu Syarudin Nazir kerana terus diberi kepercayaan oleh Kumpulan Utusan untuk mengendalikan kejohanan edisi 2013 ini.

Insyallah dengan banyak usaha penambahbaikan yang dilakukan oleh pasukan gerak kerja Cikgu Syarudin bakal memeriahkan lagi dan mengangkat sepaktakraw ke peringkat lebih tinggi. Sayangnya kejohanan kali ini bertembung dengan Istaf Super Series dan ini bermaksud peminat terlepas peluang menyaksikan pemain utama negara beraksi di KFC-Utusan.

Ramai juga pemain yang terlepas peluang beraksi tahun ini dengan pelbagai sebab. Apa pun sesuatu yang agak mengecewakan apabila kategori antara negeri yang penyertaannya adalah percuma dengan hadiah lumayan tidak mendapat sambutan. Ini sekaligus membuktikan banyak negeri perlu mengalami proses pertukaran kepimpinan kerana begitu ramai pemimpin diperingkat negeri yang PEMALAS. Lepaskan saja kerusi itu kalau tidak mahu berbakti lagi.

Saya mewakili krew meminta maaf terutama kepada Cikgu Syarudin dan Puan Azura kerana tidak dapat turut serta kerana kami bertugas di Kuantan mulai esok hingga Ahad nanti. Semoga semuanya berjalan lancar dan kepada ahli MBR khususnya yang menyertai atau menonton, silalah berkongsi foto / video / info semasa di laman Facebook MBR.

Semoga sukses!

No comments:

Post a Comment