21 September 2013

Tahniah Norshahrudin, Farhan Adam, Shahidan Ali dan Regu Malaysia!

Tiada perkataan yang mudah diungkap apabila mendapat berita regu negara yang dibarisi Norshahrudin, Farhan dan Shahidan menebus kembali tewas 0-3 kepada Korea Selatan di India beberapa minggu lalu di King Cup 2013 acara antara regu.

Kemenangan mereka ini adalah sesuatu yang amat dinantikan oleh peminat tanahair setelah dikritik hebat apabila kalah kepada Korea oleh segenap lapisan rakyat dari Menteri KBS sendiri hingga ke individu yang tidak mengikuti perkembangan sepaktakraw tanahair amnya. 15-10, 17-16, 15-13 iaitu 3-0 adalah satu amaran keras buat pasukan negara lain yang berjaya dijelmakan oleh regu ini.

Shahidan (duduk 2 dari kiri) ketika muncul juara di KFC - Utusan tahun lalu Zon Tengah kategori IPTA

Cabaran kali ini digalas oleh regu yang sama dan bezanya, Shahidan Ali, mengambil tempat selaku tekong utama. Pemain muda kelahiran Melaka yang tinggi lampai ini pernah ditemubual oleh Bolarotan dahulu ketika KFC - Utusan di Paroi dan kini, beliau muncul sebagai sandaran negara walaupun sebelum ini ramai juga mempersoalkan kenapa kelibat beliau jarang dilihat beraksi.

Meskipun begitu, terdapat juga kontroversi mengenai keputusan pengadil ketika perlawanan akhir tadi. Saksikan di sini

Dengan ketinggian mencecah 190sm, Shahidan Ali dilihat mampu memberikan kesan kepada keampuhan skuad negara. Digandingkan dengan dua apit berpengalaman, Farhan dan Norshahrudin, regu ini pastinya membuatkan Korea Selatan tertanya - tanya dan pastinya mengundang gerun buat Thailand.

Syabas Malaysia!


2 comments:

  1. Namun kita kecundang di peringkat berpasukan. Kita masih tidak mampu membariskan 3 regu terbaik.

    ReplyDelete
  2. Setuju...malah Shidan disimpan dari beraksi dalam berpasukan..entah kenapa?

    ReplyDelete