30 October 2013

Libas Pro Challenge 2013 - Rangkuman Peringkat Kumpulan dan Pusingan Ke 2

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, Libas Pro Challenge 2013 dapat belangsung dengan jayanya.  Jutaan terima kasih diucapkan kepada Kementerian Belia dan Sukan di bawah Unit Pembangunan Industri Sukan dan Wonders Media kerana memberi kepercayaan kepada pihak Bolarotan Media & Publications untuk mengendalikan kejohanan berprestij ini.

Libas Pro Challenge 2013 telah diadakan di Mines International Convention Centre, Serdang. Satu format baru telah diperkenalkan bagi mewujudkan kelainan dan penjenamaan semula sukan sepaktakraw itu sendiri. Penggunaan format 7 mata serta konsep ' King Stay ' memberi impak yang positif dan lebih merancakkan lagi permainan. Bagi regu yang memenangi perlawanan, mereka akan kekal di dalam gelanggang dan digelar sebagai ' King '. Regu ' Challenger ' akan masuk ke dalam gelanggang untuk cuba memenangi perlawanan serta merampas gelaran ' King '.


27 October 2013

Libas Pro Update - Day 2

Perlawanan sedang berlangsung dan menyaksikan regu TKP A dan C mengungguli gelanggang dengan masing - masing kekal sebagai King tanpa ditumpaskan oleh regu pasukan lain.
Pecah Batu sebagai tekong nampaknya menjadi kali ini..
Nantikan update dari Bolarotan.com

26 October 2013

Libas Pro Challenge 2013 - Pusingan Ke-2

Alhamdulillah, hari pertama Libas Pro Challenge 2013 berlangsung dengan jayanya. Terima kasih diucapkan kepada semua regu yang bertanding.

Berikut merupakan senarai regu yang layak ke pusingan ke 2 :
Kumpulan A ( Mula bermain pada pukul 11.00 pagi )
  • TKP A
  • USIM A
  • NILAM PURI B
  • TKP C
  • BUKIT PUTRA B
  • LESTARI
Kumpulan B ( Mula bermain pada pukul 2.00 petang )
  • MBR B
  • INC C
  • NILAM PURI C
  • TKP B
  • BUKIT PUTRA A
  • NILAM PURI A

Undian Kumpulan Libas Pro Challenge 2013

Regu yang akan beraksi pada waktu PAGI ( 9.00 PAGI ) :

  1. BUKIT PUTRA A
  2. NILAM PURI A
  3. NILAM PURI B
  4. NILAM PURI C
  5. USIM A
  6. USIM B
  7. TKP A
  8. TKP B
  9. MBR A
  10. BUDAK PUCHONG
  11. INC A
  12. INC B
  13. KSAP
  14. TBH

Regu yang akan beraksi pada waktu PETANG ( 2.00 PETANG ) :

  1. BUKIT PUTRA B
  2. NILAM PURI D
  3. NILAM PURI E
  4. USIM C
  5. USIM D
  6. TKP C
  7. MBR B
  8. INC C
  9. D'NAS A
  10. D'NAS B
  11. D ROZEL
  12. KSLK
  13. KSAP

23 October 2013

Libas Pro 2013 - syarat-syarat kejohanan

1. Penyertaan adalah terbuka kepada semua pemain/pasukan sepaktakraw AMATUR.

2. Pemain yang bertaraf NEGERI ( GP Perillys, Piala Emas Kheir Johari, Piala Presiden PSM ( kecuali yang beraksi bukan dengan nama Negeri ) tidak dibenarkan menyertai kejohanan ini.

3. Yuran penyertaan sebanyak RM20 akan dikenakan ke atas setiap regu yang bertanding.

4. Format Libas Pro Challenge ini mempunyai 2 bahagian utama iaitu Pusingan Awal dan Pusingan Akhir.

5. Pusingan Awal  adalah  bersifat  terbuka  di  mana semua  regu yang mendaftar  untuk bertanding akan mengikut giliran untuk bertanding di atas sebuah gelanggang sahaja.

6. Perlawanan Pusingan Awal akan dilangsungkan sepanjang hari (mengikut tempoh masa tertentu) dan pendaftaran untuk penyertaan juga adalah dibuka di sepanjang tempoh tersebut.

7. Pusingan Awal  menggunakan kiraan  mata  akhir 7  (tujuh), iaitu  regu yang memperoleh mata ke tujuh dahulu akan dianggap pemenang.

8. Regu  yang  kalah  di  dalam  setiap  perlawanan  boleh  mendaftar  semula  untuk  perlawanan seterusnya selagi kaunter pendaftaran dibuka, tanpa perlu membayar yuran penyertaan semula.

9. Selepas tamat  masa  Pusingan  Awal,  16  regu  yang mencatat  jumlah  kemenangan  tertinggi akan layak ke Pusingan Akhir.

10. Pusingan  akhir juga  akan  menggunakan  sistem  ‘mata  akhir  7’  dan  dua  pasukan  terbaik akan bertemu di dalam perlawanan akhir yang menggunakan kiraan mata penuh (15 mata).

11. Struktur hadiah adalah seperti  berikut : 

Juara = RM 1,000.00
Kedua = RM 600.00
Ketiga dan Keempat = RM 200.00
4 hadiah saguhati = RM 100.00 setiap satu

21 October 2013

Video KL Masters Open 2013

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya proses memuat naik rakaman video aksi-aksi di KL Masters Open 2013 telah pun berjaya.

Jom kita tonton aksi-aksi sepanjang kejohanan yang jelas memercikkan api kemeriahan kejohanan ini.

LIBAS Pro 2013 - Update regu berdaftar

Regu berdaftar setakat 21 Oktober 2013

1. Bukit Putra A
2. Bukit Putra B
3. Nilam Puri A
4. Nilam Puri B
5. Nilam Puri C
6. Nilam Puri D
7. KSAP
8. D ROZEL
9. INC A
10. INC B
11. TKP A
12. TKP B
13. TKP C
14. TKP D
15. Budak Puchong
16. D' Nas A
17. Nilam Puri E
18. INC C
19. USIM A
20. USIM B
21. USIM C
22. USIM D
23. KSLK
24. D' NAS B
25. MBR A
26. MBR B

KL MASTERS OPEN - Bolarotan Book Of Record : Timangan paling lama!

KL Masters Open bukan sahaja mengenai regu terhebat, tetapi mengenai kemahiran setiap individu. Banyak acara sampingan yang telah dijalankan bagi menguji kemahiran individu dengan hadiah wang tunai diberikan serta merta bagi setiap acara berlangsung.
Kemuncaknya, acara menimang bola free-style bagi mencatat TIMANGAN TERLAMA bagi Bolarotan Book Of Record. Dan pemegang rekod buat masa ini ialah bekas apit kanan ATM kelahiran Kelantan iaitu En. Kamaruzzaman Satar. Thaniah diucapkan apabila beliau mencatatkan timangan selama 8.23 saat dan ia akan menjadi rekod MBR selagi ia belum dipecahkan. Beliau membawa pulang RM100 untuk itu semalam.

Saksikan aksi menarik ini!


LIBAS PRO 2013 - Menemui anda hujung minggu ini!

Kejohanan pada 26 - 27 Oktober ini..jangan ketinggalan!




20 October 2013

KL Masters Open 2013

KL Masters Open 2013

KL Masters Open 2013 - Acara Selingan ( Timang Bolarotan Berkaki Ayam )







KL Masters Open 2013 - Suku Akhir

Gold

Nilam Puri A vs Kajang B = Nilam Puri A
UTM vs Nurul Jannah = UTM
KSP 9 A vs KSP 9 B = KSP 9 A
Nilam Puri B vs Nilam Puri C = Nilam Puri C

Platinum

Bentara A vs Melawati = Bentara A
Bentara B vs Wangsa Maju C = Bentara B
BBS A vs BBS B = BBS B
Kajang vs Bentara C = Bentara C