08 October 2013

Kejohanan Sepaktakraw KL Masters Open 2013

Sejak penubuhan Bolarotan Media & Publication 3 tahun lalu, salah satu usaha tidak putus - putus kami ialah membawa nafas baru kepada Sepaktakraw negara. Pelbagai usaha telah dijalankan dan yang terkini, KL Masters Open 2013 bakal menemui anda pada 19 - 20 Oktober ini. 

Ramai juga yang bertanya..KL Masters? Apa tu?

KL Masters Open adalah satu bentuk penjenamaan semula kategori veteran yang kerap juga di adakan dalam kejohanan sepaktakraw. Namun, melihat pada nama veteran, ia bagaikan kurang bermaya walhal ramai pemain senior yang masih aktif dan mampu beraksi hebat walaupun untuk perlawanan yang keras.

Bermula pada usia 36 tahun, kategori Masters ini membayangkan tahap permainan mereka yang tergolong dalam kelompok ini sudah cukpu matang, berkemahiran tinggi dan berpengalaman luas dalam arena sepaktakraw. Maka mutu permainan sememangnya tinggi dengan kawalan gelanggang yang mapan, corak serangan unik serta pertahanan kental bakal disajikan pada penggemar sepaktakraw khususnya.

Untuk edisi sulung ini, Bolarotan turut mengundang regu dari Singapura dan Insya Allah 2 regu bakal hadir dari Kota Singa ini.

Pendaftaran kini dibuka dan borang online akan disediakan hari ini. Terhad kepada 24 regu bagi setiap kategori dengan format liga 8 kumpulan dan juara kumpulan akan ke pusingan kalah singkir pada 20 Oktober pula. Dengan sistem kiraan 21, pastinya ia mengundang permainan hebat dari peserta. 

Bagi kategori 36 - 45 tahun, hanya seorang pemain berstatus negeri yang layak berada dalam satu regu dan bagi kategori 46 ke atas, ia terbuka kepada sesiapa sahaja dalam kategori umur berkenaan.

Dilampirkan maklumat lengkap kejohanan bagi rujukan semua. Nantikan makluman terkini dari masa ke semasa melalui Facebook MBR atau di laman ini.








BORANG PENDAFTARAN :


2 comments:

  1. Wow... best nya... saya dah qualified masuk kategory masters... hehehe... :P

    ReplyDelete