21 October 2013

KL MASTERS OPEN - Bolarotan Book Of Record : Timangan paling lama!

KL Masters Open bukan sahaja mengenai regu terhebat, tetapi mengenai kemahiran setiap individu. Banyak acara sampingan yang telah dijalankan bagi menguji kemahiran individu dengan hadiah wang tunai diberikan serta merta bagi setiap acara berlangsung.
Kemuncaknya, acara menimang bola free-style bagi mencatat TIMANGAN TERLAMA bagi Bolarotan Book Of Record. Dan pemegang rekod buat masa ini ialah bekas apit kanan ATM kelahiran Kelantan iaitu En. Kamaruzzaman Satar. Thaniah diucapkan apabila beliau mencatatkan timangan selama 8.23 saat dan ia akan menjadi rekod MBR selagi ia belum dipecahkan. Beliau membawa pulang RM100 untuk itu semalam.

Saksikan aksi menarik ini!


No comments:

Post a Comment