23 October 2013

Libas Pro 2013 - syarat-syarat kejohanan

1. Penyertaan adalah terbuka kepada semua pemain/pasukan sepaktakraw AMATUR.

2. Pemain yang bertaraf NEGERI ( GP Perillys, Piala Emas Kheir Johari, Piala Presiden PSM ( kecuali yang beraksi bukan dengan nama Negeri ) tidak dibenarkan menyertai kejohanan ini.

3. Yuran penyertaan sebanyak RM20 akan dikenakan ke atas setiap regu yang bertanding.

4. Format Libas Pro Challenge ini mempunyai 2 bahagian utama iaitu Pusingan Awal dan Pusingan Akhir.

5. Pusingan Awal  adalah  bersifat  terbuka  di  mana semua  regu yang mendaftar  untuk bertanding akan mengikut giliran untuk bertanding di atas sebuah gelanggang sahaja.

6. Perlawanan Pusingan Awal akan dilangsungkan sepanjang hari (mengikut tempoh masa tertentu) dan pendaftaran untuk penyertaan juga adalah dibuka di sepanjang tempoh tersebut.

7. Pusingan Awal  menggunakan kiraan  mata  akhir 7  (tujuh), iaitu  regu yang memperoleh mata ke tujuh dahulu akan dianggap pemenang.

8. Regu  yang  kalah  di  dalam  setiap  perlawanan  boleh  mendaftar  semula  untuk  perlawanan seterusnya selagi kaunter pendaftaran dibuka, tanpa perlu membayar yuran penyertaan semula.

9. Selepas tamat  masa  Pusingan  Awal,  16  regu  yang mencatat  jumlah  kemenangan  tertinggi akan layak ke Pusingan Akhir.

10. Pusingan  akhir juga  akan  menggunakan  sistem  ‘mata  akhir  7’  dan  dua  pasukan  terbaik akan bertemu di dalam perlawanan akhir yang menggunakan kiraan mata penuh (15 mata).

11. Struktur hadiah adalah seperti  berikut : 

Juara = RM 1,000.00
Kedua = RM 600.00
Ketiga dan Keempat = RM 200.00
4 hadiah saguhati = RM 100.00 setiap satu

No comments:

Post a Comment