30 October 2013

Libas Pro Challenge 2013 - Rangkuman Peringkat Kumpulan dan Pusingan Ke 2

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, Libas Pro Challenge 2013 dapat belangsung dengan jayanya.  Jutaan terima kasih diucapkan kepada Kementerian Belia dan Sukan di bawah Unit Pembangunan Industri Sukan dan Wonders Media kerana memberi kepercayaan kepada pihak Bolarotan Media & Publications untuk mengendalikan kejohanan berprestij ini.

Libas Pro Challenge 2013 telah diadakan di Mines International Convention Centre, Serdang. Satu format baru telah diperkenalkan bagi mewujudkan kelainan dan penjenamaan semula sukan sepaktakraw itu sendiri. Penggunaan format 7 mata serta konsep ' King Stay ' memberi impak yang positif dan lebih merancakkan lagi permainan. Bagi regu yang memenangi perlawanan, mereka akan kekal di dalam gelanggang dan digelar sebagai ' King '. Regu ' Challenger ' akan masuk ke dalam gelanggang untuk cuba memenangi perlawanan serta merampas gelaran ' King '.


No comments:

Post a Comment