UPNM meneruskan penguasaan sebagai kuasa sepaktakraw SUKUM dengan muncul pemenang lagi kali ini. SUKUM 2013 yang dihoskan oleh UKM terpaksa dimainkan di pelbagai lokasi berbeza kerana infrastruktur yang agak terhad. Sepaktakraw dijalankan di kompleks sukan UPM dan 3 gelanggang di buka serentak di mana satu digunakan untuk acara regu veteran yang di menangi oleh UTM.
Meskipun begitu, SUKUM kali ini turut mengundang kontorversi apabila status pemain UPNM diragui oleh kontijen lain di mana isu adakah benar mereka ini berkhidmat untuk UPNM atau sekadar kakitangan ATM yang dikerah main untuk SUKUM 2013. Keadaan ini dikatakan telah berlaku sejak tahun lalu dan pada pusingan separuh akhir yang menemukan UPNM menentang USM, pasukan USM telah hadir hanya untuk bersalaman dengan pemain UPNM dan menyanyikan lagu USM seterusnya meninggalkan gelanggang sebagai tanda protes.
Saiful tekong dari Melaka ini beraksi bagus mewakili UTHM
Regu UNIMAP
Brader Cacing (coklat) menghadang libasan brader Nuai UKM
Brader Jimi beraksi untuk kategori senior dan juga veteran
Mood pemain - pemain juga agak terjejas dengan apa yang berlaku. Kelihatan pemain UPNM juga bagai tidak selesa dengan apa yang berlaku namun mereka terpaksa akur dengan arahan majikan. Keadaan ini dilihat merosakkan matlamat kejohanan ini yang mana Ukhwah adalah asas dan kejohanan ini tidak menyediakan sebarang hadiah berupa wang tunai lumayan sekalipun.
UITM (biru) menentang UTM
Veteran UUM v UM
UPNM
Hafiz Carlos beraksi regu pertama di perlawanan akhir untuk UKM
Antara penyokong UPNM pada perlawanan akhir
Sairol yang sangat menyengat
Wak (hitam) melibas sambil dihadang oleh Hafiz Rahman
Regu kedua UKM ; Muqlis, Edy dan Awe Ganas
Kenal mereka berdua?
Regu kedua UPNM ; King, Hairi dan Nasuha
Kasihan juga saya kepada pasukan yang hanya memiliki pemain cukup - cukup 3 regu sahaja dan ada pula yang terpaksa bergasak untuk 2 kategori sekaligus. Sebagai contoh, Brader Cacing yang baru sahaja berhempas pulas menentang Ariffin Pawanteh dari USM terpaksa terus menyambung aksi di gelanggang veteran dan juga berakhir dengan tie-break! Namun hasil kerja keras itu, UTM muncul juara kategori veteran. Nyata usaha itu berbaloi! Tahniah diucapkan!
No comments:
Post a Comment