31 December 2013

56% bersetuju!

Dari hasil undian yang dijalankan bagi meninjau respon pembaca Bolarotan.com, 56% dari 1300 orang responden bersetuju bahawa menghantar pasukan Malaysia A ke Liga Thailand bagi mendapatkan pendedahan adalah bagus.

Undian ini dijalankan apabila melihat kepada merudumnya skuad negara dalam Istaf Super Series yang lalu tatkala Malaysia tumpas kepada Korea. Selepas dari kekalahan tersebut, ramai yang merasakan bahawa pendedahan harus ditumpukan kepada skuad pelapis atau Malaysia B dan bukannya kepada Malaysia A di mana Malaysia dilihat harus lebih giat memantapkan persembahan dan mengurangkan kesilapan di dalam gelanggang.

Walaubagaimanapun, begitulah keputusan undian ini, ramai yang merasakan perlu Malaysia A ke Thailand. Saya juga terpaksa bersetuju dalam hal ini kerana kekurangan liga kompetetif di dalam negara kita bagi menguji kemampuan pemain. Sehingga hari ini, penghujung 2013, Piala Emas Khir Johari gagal dijalankan oleh PSM walaupun sepatutnya ini adalah sambutan Jubli Emas kejohanan tersebut. Apa jua alasannya, ia tetap satu perkara yang memalukan kerana jelas PSM gagal merancang kalendar 2013 dengan baik.


18 December 2013

ADTP - Bintangor Sarikei, Sarawak

Alhamdulillah, siri ADTP kali ini sampai ke bumi Sarawak.
  • Bertempat di Kompleks Sukan Bintangor Sarikei, Sarawak.
  • Undian dijalankan secara rawak untuk setiap regu.
  • Tiada yuran pendaftaran dikenakan kepada setiap regu.
  • Wang tunai menjadi habuan kepada regu 4 regu teratas. 

 



17 December 2013

Trio Impian MBR-KBS 2013 Siri 2 Sarikei, Sarawak

Alhamdulillah, edisi ke-2 Program Trio Impian MBR-KBS 2013 telah berlangsung dengan jayanya.
  • Belangsung di Kompleks Sukan Bintangor Sarikei, Sarawak.
  • Seramai 42 orang peserta yang terlibat untuk program kali ini.
  • 8 orang krew serta jurulatih turut serta dalam program kali ini.

 























11 December 2013

Bakat Baru Bolarotan - Peserta Trio Impian MBR - KBS Siri 1 Keningau, Sabah

  • Alhamdulillah, semasa program Peserta Trio Impian MBR - KBS Siri 1 Keningau, Sabah berlangsung kami sempat menemu ramah beberapa orang peserta yang mempunyai kualiti permainan yang agak baik.
  • Walaupun mereka ini masih di usia yang muda, tetapi aksi-aksi yang ditunjukkan menarik perhatian para jurulatih program.



SJG Inanam, Kota Kinabalu



  • Alhamdulillah, semasa di Kota Kinabalu kami sempat untuk menerjah sebuah gelanggang sepaktakraw yang masih aktif di Inanam, Kota Kinabalu.

Trio Impian MBR - KBS 2013, Siri 1 Keningau, Sabah

Peserta, pegawai, jurulatih dan krew terlibat
  • Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana Program Trio Impian MBR - KBS 2013, Siri 1 Keningau, Sabah telah berjaya dijalankan.
  • Jutaan terima kasih diucapkan kepada Kementerian Belia dan Sukan selaku penaja utama program ini.
  • Tidak lupa juga kepada para peserta dan jurulatih serta krew teknikal yang membantu sepanjang program ini berlangsung.


Harapan peminat-peminat sepaktakraw di Malaysia


  • Selamat maju jaya diucapkan kepada pemain-pemain sepaktakraw Malaysia di Sukan SEA ke - 27 Myanmar 2013.
  • Peminat-peminat sukan sepaktakraw tanah air sentiasa mendoakan kejayaan kamu semua.
  • Buktikan kepada kami yang kamu semua sememangnya layak menyarung jersi negara.
  • Semoga penantian sekian lama terhadap pingat emas akan terjawab pada edisi Sukan SEA kali ini. Insyaallah.

07 December 2013

Sepaktakraw Terbuka Melaka 2013

Kepada peminat sepaktakraw, khas untuk anda di bumi Melaka!
Jangan lepaskan peluang menyertai kejohanan Piala Exco ini!


05 December 2013

Sukan Sea 2013 - Tahniah skuad Chinlone

Para pemain di Stadium Tertutup Wunna Theikdi - Foto Kosmo Online

Tahniah kami ucapkan kepada pasukan Chinlone negara yang berjaya meraih 2 pingat gangsa pada temasya Sukan Sea 2013 kali ini. Walaupun tidak diletakkan sebagai pilihan untuk menyumbang pingat, tetapi dengan usaha gigih dalam masa yang singkat para pemain berhasil juga menghadiahkan pingat yang bermakna untuk negara.

Skuad lelaki yang mengutip 246 mata berada di tempat ke-4 berkongsi pingat dengan Laos yang mengutip 344 mata manakala skuad wanita pula berjaya meraih 128 mata.

Gambar dan maklumat dipetik dari : Kosmo Online

03 December 2013

Trio Impian - Sebuah kisah lagenda sedang ditulis...

24 Nov 2013
5 pagi
Lokasi : Taman Sutera Kajang

Kami bertolak keluar dari kediaman saya di Taman Sutera Kajang dalam keadaan agak mengantuk kerana hanya sempat melelapkan mata sekitar 1 - 2 jam saja. Bergerak ke Masjid Kota Warisan, kami tiba tepat azan Subuh dan selepas menunaikan solat, kami di pandu ke KLIA oleh isteri saya dan Cikgu Suhairi rupanya tiba lebih awal iaitu pada jam 4.15 pagi. Beliau yang bertolak dari Ipoh pada jam 1.30am menanti kami dengan sabar di Surau KLIA.

Luqman, Din Feeder dan Awalludin tiba 15 minit selepas kami dan Cikgu Syarudin juga menyusul selepas itu. Dengan perut yang sangat lapar, kebimbangan kami untuk terlepas sarapan semakin menjadi - jadi kerana beratur panjang dikaunter daftar masuk memakan masa. Selepas berjaya mendapat tiket, kami terus bergegas ke restoran untuk sarapan malangnya tiada tempat duduk.

Kami bergegas ke McDonalds dan hanya sempat memesan makanan untuk dibungkus dan terus berkejar untuk melepasi pengawal pemeriksaan. Terkejut juga kami dipaksa menanggalkan tali pinggang masing - masing!

Gate A11 terletak jauh dari kami dan pastinya kami terlepas peluang bersarapan. Dan dengan selambanya kami membawa naik makanan McDonalds yang dibeli tadi ke atas pesawat dan natijahnya, semua dikalangan mereka hanya memerhati kami. Lebih lucu lagi apabila kami dengan tenang menikmati sarapan kami walaupun polisi Malindo tiada makanan luar dibenarkan!


Ketika saya menulis ini, pesawat sedang bersedia untuk mendarat dan saya juga sebenarnya kurang pasti ada atau tidak wakil KBS menanti kami kerana sebelum berlepas tadi saya mengirim mesej kepada pegawai berkenaan dan tiada balas yang diterima. Moga semuanya berjalan lancar! 

video

Apa yang anda baca di atas adalah catatan saya ketika di dalam perut kapalterbang ketika menuju ke Keningau minggu lalu. Selebihnya, saya tidak mampu tuliskan sebaik tulisan di atas kerana terlalu banyak perkara yang berlaku sepanjang perjalanan kami. Kebanyakan darinya saya muat naikkan ke Facebook MBR dan ada juga yang hanya mampu tersemat diminda dan memori kami.

Tajuk sedemikian saya pilih untuk entri kali ini bagi menggambarkan betapa usaha kami ini bukan main - main..bukan jalan - jalan makan angin, bukan juga untuk membazir wang rakyat apatah lagi bagi senduk menyenduk bak kata seorang lelaki yang sangat mencemburui kita semua di MBR ini. Malah usaha ini telah diperlekehkan oleh seorang lagi pembenci Bolarotan menerusi status FB ala - ala dialog kunun dan rasanya ia hanyalah monolog fantasinya yang sering saja menyampah dengan apa saja usaha Bolarotan. Bagi saya mudah saja..biarkan saja mereka ini...bagus juga ada yang cemburu...maksudnya gerakan pembangunan sepaktakraw negara ini menerusi usaha kita semua berkesan...sifirnya mudah. Kalau tiba - tiba ada status FB mereka kutuk saya atau MBR atau Bolarotan dalam masa terdekat ini, maknanya mereka membaca entri blog ini..kenapa mereka baca? Sebab mereka sebenarnya rindu dengan Bolarotan hahahahhaha!

Cabaran kami kali ini cukup berat..makluman yang diberikan kepada Bolarotan untuk memulakan program ini tiba disaat kami sudah patah hati, putus harapan dan tiada apa ditangan. Dalam perjalanan menuju ke Pulau Pinang saya dihubungi pegawai KBS memaklumkan bahawa program ini perlu diadakan pada tarikh yang telah diberikan. Saya gembira pada mulanya namun apabila difikirkan semula, saya dan Khairul Faiezin (KF) termenung, termanggu dan runsing. Di mana mahu dicari peserta program ini kerana tiada ahli BR dari Keningau sebelum ini. Kuota 30 orang peserta yang diberikan lebih meresahkan kami. 

Mujur ahli MBR dari Kota Kinabalu dan juga merangkap Bendahari ASTAKA membantu dengan memberikan saya maklumat. Terimakasih kepada Malai Effendi yang memberikan saya nombor telefon orang kuat ASTAKA seperti Setiausaha ASTAKA Tuan Latif Uji yang seterusnya membantu saya menghubungi orang kuat sepaktakraw Keningau iaitu Cikgu Andikin.

Apabila saya diberitahu ada pula peserta perempuan bakal turut serta bertambah pula kerisauan saya. Maklumlah, dari segi logistik dan kemudahan segalanya diluar pengetahuan kami yang tidak pernah sampai ke Keningau. Lebih memeningkan apabila kos pengangkutan ke Sabah perlu diuruskan oleh kami sendiri terlebih dahulu. Allah Maha Kaya, selesai juga urusan tiket walaupun melebihi dari bajet sebenar.

Pertemuan pertama kami berlapan hanya berlaku di KLIA. Pasukan ini saya rasakan cukup mantap ke Sabah kerana bidang kepakaran masing  - masing yang telah terbukti. Pengalaman 3 orang guru - Cikgu Syarudin, Cikgu Suhairi dan Cikgu Nik diposisi masing - masing serta pengalaman mengemudi pasukan negeri amat membantu dalam pengisian, perjalanan serta keberkesanan Trio Impian. Kumpulan sasar berusia 13 - 18 tahun sememangnya kumpulan usia yang biasa mereka kendalikan.

video

Awalludin dengan kecekapan komputernya sangat memudahkan urusan pengumpulan data yang kami perlukan sepanjang program, Khairudin Isa atau Din Feeder pula yang juga model yang kami gunakan dalam VCD Latihan Asas di mana setiap peserta Trio Impian diberikan sekeping seorang sebagai panduan selepas program. Din Feeder juga yang memeiliki Ijazah Sains Sukan memberikan cukup banyak input dari sudut sains sukan untuk memantapkan program ini.

Saya akan cuba tuliskan lagi apa saja yang terlintas di memori saya kelak mengenai program ini. Akhir kalam, terimakasih berjuta - juta kali dari saya atas kesudian kalian menjayakan program ini. Jazakallah!

Sarapan pagi dalam kapalterbang dengan McDonalds!