31 December 2013

56% bersetuju!

Dari hasil undian yang dijalankan bagi meninjau respon pembaca Bolarotan.com, 56% dari 1300 orang responden bersetuju bahawa menghantar pasukan Malaysia A ke Liga Thailand bagi mendapatkan pendedahan adalah bagus.

Undian ini dijalankan apabila melihat kepada merudumnya skuad negara dalam Istaf Super Series yang lalu tatkala Malaysia tumpas kepada Korea. Selepas dari kekalahan tersebut, ramai yang merasakan bahawa pendedahan harus ditumpukan kepada skuad pelapis atau Malaysia B dan bukannya kepada Malaysia A di mana Malaysia dilihat harus lebih giat memantapkan persembahan dan mengurangkan kesilapan di dalam gelanggang.

Walaubagaimanapun, begitulah keputusan undian ini, ramai yang merasakan perlu Malaysia A ke Thailand. Saya juga terpaksa bersetuju dalam hal ini kerana kekurangan liga kompetetif di dalam negara kita bagi menguji kemampuan pemain. Sehingga hari ini, penghujung 2013, Piala Emas Khir Johari gagal dijalankan oleh PSM walaupun sepatutnya ini adalah sambutan Jubli Emas kejohanan tersebut. Apa jua alasannya, ia tetap satu perkara yang memalukan kerana jelas PSM gagal merancang kalendar 2013 dengan baik.


6 comments:

  1. Samada 56% atau 100% yg menyokong tidak memberi makna apa apa kerana kita tak ada suara dlm PSM. Rasanya byk usaha yg telah Bolarotan lakukan umpamanya Klinik & kejohanan yg kecik kecik dlm usaha memartabatkan sepaktakraw tapi usaha tersebut tak kan membuka mata pihak diatas sana. Saya mencadangkan Bolarotan dah bola bergerak kearah pembentukan pasukan yg kuat yg boleh mencabar & buka mata byk pihak . Usaha kedua boleh cuba wujudkan liga sepaktakraw yg boleh dijadikan platform utk mencungkil & menajamkan bakat bakat samada yg memang dah ada nama maupun bakat baru. Soal penajaan rasanya akan ada pihak yg sanggup kalau boleh bekerjasama dgn KBS.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih atas respon
      PSM sebenarnya memerhati perkembangan Bolarotan saban hari
      tapi seperti biasa, tidak mudah mereka menelan semua ini.
      Insyallah 2014 ada banyak lagi usaha yang akan kami lakukan bagi memartabatkan sukan sepaktakraw

      Delete
    2. Tkasih . Saya teringin melihat pasukan jenama bolarotan standing Bentara, Bukit Putra atau INC. Tuan kena usahakan

      Delete
  2. Ini hanya satu tinjauan. Namun demikian saya bersetuju dgn Tuan Mohsen bahawa dari sudut, ia harus dipandang positif bagi memberikan pendedahan terhadap skuad negara untuk lebih banyak perlawanan yang kompetitif.

    ReplyDelete
  3. Bolarotan secara prinsipnya tidak akan bertanding sebagai pasukan untuk mana - mana kejohanan kecuali perlawanan pertunjukan, persahabatan atau jemputan.
    Ini adalah kerana terlalu banyak kelab yang juga ahli MBR.
    Maka seharusnya kami menjadi tempat bernaung, bukan pesaing.

    ReplyDelete