03 December 2013

Trio Impian - Sebuah kisah lagenda sedang ditulis...

24 Nov 2013
5 pagi
Lokasi : Taman Sutera Kajang

Kami bertolak keluar dari kediaman saya di Taman Sutera Kajang dalam keadaan agak mengantuk kerana hanya sempat melelapkan mata sekitar 1 - 2 jam saja. Bergerak ke Masjid Kota Warisan, kami tiba tepat azan Subuh dan selepas menunaikan solat, kami di pandu ke KLIA oleh isteri saya dan Cikgu Suhairi rupanya tiba lebih awal iaitu pada jam 4.15 pagi. Beliau yang bertolak dari Ipoh pada jam 1.30am menanti kami dengan sabar di Surau KLIA.

Luqman, Din Feeder dan Awalludin tiba 15 minit selepas kami dan Cikgu Syarudin juga menyusul selepas itu. Dengan perut yang sangat lapar, kebimbangan kami untuk terlepas sarapan semakin menjadi - jadi kerana beratur panjang dikaunter daftar masuk memakan masa. Selepas berjaya mendapat tiket, kami terus bergegas ke restoran untuk sarapan malangnya tiada tempat duduk.

Kami bergegas ke McDonalds dan hanya sempat memesan makanan untuk dibungkus dan terus berkejar untuk melepasi pengawal pemeriksaan. Terkejut juga kami dipaksa menanggalkan tali pinggang masing - masing!

Gate A11 terletak jauh dari kami dan pastinya kami terlepas peluang bersarapan. Dan dengan selambanya kami membawa naik makanan McDonalds yang dibeli tadi ke atas pesawat dan natijahnya, semua dikalangan mereka hanya memerhati kami. Lebih lucu lagi apabila kami dengan tenang menikmati sarapan kami walaupun polisi Malindo tiada makanan luar dibenarkan!


Ketika saya menulis ini, pesawat sedang bersedia untuk mendarat dan saya juga sebenarnya kurang pasti ada atau tidak wakil KBS menanti kami kerana sebelum berlepas tadi saya mengirim mesej kepada pegawai berkenaan dan tiada balas yang diterima. Moga semuanya berjalan lancar! 


Apa yang anda baca di atas adalah catatan saya ketika di dalam perut kapalterbang ketika menuju ke Keningau minggu lalu. Selebihnya, saya tidak mampu tuliskan sebaik tulisan di atas kerana terlalu banyak perkara yang berlaku sepanjang perjalanan kami. Kebanyakan darinya saya muat naikkan ke Facebook MBR dan ada juga yang hanya mampu tersemat diminda dan memori kami.

Tajuk sedemikian saya pilih untuk entri kali ini bagi menggambarkan betapa usaha kami ini bukan main - main..bukan jalan - jalan makan angin, bukan juga untuk membazir wang rakyat apatah lagi bagi senduk menyenduk bak kata seorang lelaki yang sangat mencemburui kita semua di MBR ini. Malah usaha ini telah diperlekehkan oleh seorang lagi pembenci Bolarotan menerusi status FB ala - ala dialog kunun dan rasanya ia hanyalah monolog fantasinya yang sering saja menyampah dengan apa saja usaha Bolarotan. Bagi saya mudah saja..biarkan saja mereka ini...bagus juga ada yang cemburu...maksudnya gerakan pembangunan sepaktakraw negara ini menerusi usaha kita semua berkesan...sifirnya mudah. Kalau tiba - tiba ada status FB mereka kutuk saya atau MBR atau Bolarotan dalam masa terdekat ini, maknanya mereka membaca entri blog ini..kenapa mereka baca? Sebab mereka sebenarnya rindu dengan Bolarotan hahahahhaha!

Cabaran kami kali ini cukup berat..makluman yang diberikan kepada Bolarotan untuk memulakan program ini tiba disaat kami sudah patah hati, putus harapan dan tiada apa ditangan. Dalam perjalanan menuju ke Pulau Pinang saya dihubungi pegawai KBS memaklumkan bahawa program ini perlu diadakan pada tarikh yang telah diberikan. Saya gembira pada mulanya namun apabila difikirkan semula, saya dan Khairul Faiezin (KF) termenung, termanggu dan runsing. Di mana mahu dicari peserta program ini kerana tiada ahli BR dari Keningau sebelum ini. Kuota 30 orang peserta yang diberikan lebih meresahkan kami. 

Mujur ahli MBR dari Kota Kinabalu dan juga merangkap Bendahari ASTAKA membantu dengan memberikan saya maklumat. Terimakasih kepada Malai Effendi yang memberikan saya nombor telefon orang kuat ASTAKA seperti Setiausaha ASTAKA Tuan Latif Uji yang seterusnya membantu saya menghubungi orang kuat sepaktakraw Keningau iaitu Cikgu Andikin.

Apabila saya diberitahu ada pula peserta perempuan bakal turut serta bertambah pula kerisauan saya. Maklumlah, dari segi logistik dan kemudahan segalanya diluar pengetahuan kami yang tidak pernah sampai ke Keningau. Lebih memeningkan apabila kos pengangkutan ke Sabah perlu diuruskan oleh kami sendiri terlebih dahulu. Allah Maha Kaya, selesai juga urusan tiket walaupun melebihi dari bajet sebenar.

Pertemuan pertama kami berlapan hanya berlaku di KLIA. Pasukan ini saya rasakan cukup mantap ke Sabah kerana bidang kepakaran masing  - masing yang telah terbukti. Pengalaman 3 orang guru - Cikgu Syarudin, Cikgu Suhairi dan Cikgu Nik diposisi masing - masing serta pengalaman mengemudi pasukan negeri amat membantu dalam pengisian, perjalanan serta keberkesanan Trio Impian. Kumpulan sasar berusia 13 - 18 tahun sememangnya kumpulan usia yang biasa mereka kendalikan.


Awalludin dengan kecekapan komputernya sangat memudahkan urusan pengumpulan data yang kami perlukan sepanjang program, Khairudin Isa atau Din Feeder pula yang juga model yang kami gunakan dalam VCD Latihan Asas di mana setiap peserta Trio Impian diberikan sekeping seorang sebagai panduan selepas program. Din Feeder juga yang memeiliki Ijazah Sains Sukan memberikan cukup banyak input dari sudut sains sukan untuk memantapkan program ini.

Saya akan cuba tuliskan lagi apa saja yang terlintas di memori saya kelak mengenai program ini. Akhir kalam, terimakasih berjuta - juta kali dari saya atas kesudian kalian menjayakan program ini. Jazakallah!

Sarapan pagi dalam kapalterbang dengan McDonalds!

3 comments:

  1. Tahniah berjaya juga melaksanakan program tersebut walaupun menghadapi pelbagai cabaran & rintangan. Semoga terus sukses.

    ReplyDelete
  2. Bravo..... Good job tuan...
    Mewakili warga keningau... Hanya kata2 ucapan syabas, tahniah dan terima kasih yang dapat menggambarkan betapa usaha murni tuan2 amat dihargai.. Andai layanan dan kerjasama tidak seperti yang diharapkan, itu adalah kelemahan kami.. Utk itu maafkan kami ...
    Apapun kehadiran tuan2 di Keningau merupakan. Platform terbaik kepada 39 peaerta utk menpak kehadapan dlm sukan sepak takraw ini.. Semua peserta mengharapkan agar program seumpama dapt diteruskan di masa2 akan datang (siri2 lanjutan).. Utk makluman tuan2 ada peaerta (Donny) menyahut cabaran tuan2, akan berusaha sehingga berjaya mewakili Pasukan Kebangsaan.... Insyalah tuan2.. to be cont'..

    ReplyDelete
  3. Andikin - Doni berpotensi tinggi.moga dia akan kami bawa ke semenanjung stau hari nanti

    ReplyDelete