26 February 2014

Akhirnya..tuan punya badan bersuara...


Ini bukan cabaran biasa! Beliau juga bukan orang biasa!
Saya pernah duduk semeja bersama Tuan Haji Mohd Shapian iaitu Presiden Persatuan Sepaktakraw Terengganu kira - kira 2 tahun lalu membincangkan banyak perkara dan saya tahu, beliau sangat kehadapan dalam perancangannya.

Selaku Timbalan Presiden PSM, pastinya kredibiliti beliau bukan kepalang. Tiada pasukan sepaktakraw dalam negara ini yang mampu memberikan imbuhan sehebat Terengganu - wang tunai, Umrah, program pembangunan tersusun dan realitinya, bakat sepaktakraw di Terengganu amat ramai.

Bolarotan melobi bagi pihak Tuan Haji Mohd Shapian? Bukan..kami bukan melobi..tetapi realiti adalah realiti. Kemampuan memimpin perlulah diterjemah dalam pelaksanaan. Ia bukan sekadar 'Lip Service'.
Kegagalan kepimpinan PSM sehingga hari ini memerlukan bukan sahaja REFORMASI tetapi REVOLUSI.
PSM gagal menghidupkan sepaktakraw di peringkat akar umbi. Tugas PSM hanya dilihat mengendali skuad kebangsaan. Maka, apa perlunya PSM dalam Malaysia? Elok diserah sahaja skuad kebangsaan kepada MSN bukan?

Mampukah Tuan Haji Mohd Shapian membawa perubahan? Tiada siapa boleh melihat masa hadapan..namun pencapaian semasa Trengganu perlu dijadikan ukuran untuk menilai kemampuan beliau. 
Pastinya juga tidak mudah untuk beliau meletakkan sasaran baru kerana sekiranya beliau menerajui PSM, beliau terpaksa membersihkan daki - daki dosa PSM yang terpalit sejak sekian lama. Pasukan gerak kerja baru perlu dibentuk dan gerakan ke akar umbi perlu diperkasa.

Apakah respon Tok Mat dalam hal ini? Sama - sama kita nantikan episod seterusnya dalam Cerekarama bertajuk 'KERUSI KU JANGAN KAU KACAU'

24 February 2014

Senarai penuh pemain dalam latihan skuad sepaktakraw kebangsaan

Setelah pemilihan yang dijalankan awal tahun ini, seramai 29 pemain yang telah disenarai pendek untuk menjalani latihan pusat bagi memilih barisan terbaik pemain bagi mewakili negara ke Istaf Super Series, Sukan Asia dan Sukan SEA. Tahniah kepada semua yang terpilih dan diharapkan mampu memberikan persembahan terbaik bagi mengharumkan nama negara.

Kesemua pemain ini dipecahkan kepada 4 kumpulan mengikut 4 jurulatih yang terdiri dari iskandar Arshad, Nordin Sabaruddin, Prawet Inta dan Nurudin Pawi. Berikut ialah senarainya. 


1. Iskandar Arshad. 
a. Tekong 
(1) Izurin Refin (Terengganu) (2) Mohd Shahir Mohd Rosdi (Pulau Pinang) 
b. Apit Kanan (Perejam) 
(1) Mohd Hanafiah Dolah (Terengganu) (2) Mohamad Fazli bin Mohamad Roslan (Terengganu) 
c. Apit Kiri (Pengumpan) 
(1) Mohd Muqlis Borhan (Kuala Lumpur) (2) Mohd Syazreenqamar Salehan (Negeri Sembilan) 

2. Nurudin Pawi. 
a. Tekong 
(1) Mohamad Fazil Mohd Asri (ATM) (2) Muhammad Idham Sulaiman (Selangor) 
b. Apit Kanan (Perejam) 
(1) Mohd Helmi Ismail (ATM) (2) Harryson Linggong (Sarawak) (3) Mohd Shafirul Nizam Zainal Abidin (Selangor) (4) Mohamad Hamikhairi Mohd Roslan (Terengganu) - Cedera. 
c. Apit Kiri (Pengumpan) 
(1) Zuleffendi Sumari (Kedah) (2) Ariff bin Mohamad (ATM) 

3. Nordin Sabarudin. 
a. Tekong 
(1) Ahmad Aizat Mohd Nor Azmi (Kuala Lumpur) (2) Mohammad Kamal Aizzat Azmi (ATM/TUDM) 
b. Apit Kanan (Perejam) 
(1) Mohd Hafiz Abd Rahman (Kuala Lumpur) (2) Mohd Zamree Mohd Dahan (Johor) (3) Norshahrudin Mad Ghani (Selangor) - Cedera 
c. Apit Kiri (Pengumpan) 
(1) Farhan Adam (Selangor) (2) Mohamad Aswadi Mohamad Nor (Kelantan) 

4. Prawet Intra. 
a. Tekong 
(1) Sahidan Mohd Ali (Melaka) (2) Muhammad Syahmi Husin (Terengganu) 
b. Apit Kanan (Perejam) 
(1) Mohd Khairul Zaman bin Hamir Akhbar (Negeri Sembilan) (2) Mohd Kamal Afiza Shafie (ATM) 
c. Apit Kiri (Pengumpan) 
(1) Amirul Zazwan Amir (Kuala Lumpur) (2) Mohd Shafiq bin Abd Rahman (Kuala Lumpur) (3) Muhamad Zaim Razali (Pulau Pinang)

20 February 2014

Apa seterusnya?

Tatkala pergerakan Jom Bangkit dilihat sangat agresif bergerak ke seluruh negara untuk mengajak rakyat menolak kepimpinan PSM sedia ada, saya lihat PSM juga galak memberi respon yang bukan hanya menahan pertuduhan berat yang dilontarkan..malah lebih kepada langkah membaiki apa yang sempat dibuat sebelum bermulanya Mesyuarat Agung PSM tidak lama lagi.


Dalam kehangatan pergerakan Jom Bangkit, hulubalang - hulubalang PSM turut agresif bertindak termasuk dengan serangan balas menerusi pelbagai saluran media termasuk suratkhabar dan Whatssap. Terbaru, Naib Presiden 4 PSM menempelak gerakan Jom Bangkit dalam satu kenyataan media.

PSM juga menerusi Presiden sendiri sudah memulakan langkah Corrective di mana telah mula mengadakan pertemuan dengan banyak pihak termasuk wakil bekas pemain negara, pengurus pasukan dan juga terkini telah ke sekolah -sekolah sukan yang memiliki program sepaktakraw sendiri. Malah, PSM juga telah mewar-warkan jadual program tahunan mereka meskipun dikritik hebat oleh ramai peminat.

Persoalannya - mampukah langkah yang sedang diambil oleh PSM ini meredakan pergerakan Jom Bangkit mahupun peminat sepaktakraw tanah air? Harus diingat bahawa ISTAF Super Series bakal berlangsung di Kuala Lumpur ini juga bakal menjadi medan buat oeminat menilai kemampuan skuad negara sekaligus membuka ruang sokong atau hentam peminat nanti. 

Dilihat dari trend sedia ada, meskipun usaha Jom Bangkit dilihat agresif, namun ia tidak pula berjaya membuatkan 2 kejohanan atas nama Presiden PSM sendiri menjadi kelam. Malah sambutan hangat ke atas kejohanan itu melibatkan juga beberapa orang yang turut bersama menyokong Jom Bangkit. Adakah ini membuktikan bahawa apa jua serangan ke atas PSM, peminat tetap buta dalam menyertai kejohanan atau, peminat sekadar bising - bising saja dan tidak peduli sebenarnya?

Persoalan seterusnya ialah, mampukah dengan apa yang digerakkan oleh Jom Bangkit ini mempengaruhi Ahli Majlis Tertinggi PSM untuk mengundi Presiden baru? Sekiranya mampu..siapakah calonnya? Dan dengan adanya Presiden baru kelak, siapa pula yang bakal menjadi Setiausaha Agong di mana jawatan ini amat penting bagi pergerakan PSM. Adakah calon yang sesuai? Siapakah yang sanggup berkorban?

Bagaimana pula pendirian Bolarotan dalam hal ini?

18 February 2014

Siri Jelajah Gelanggang - Sungai Pelek Sepang

Siri Jelajah Gelanggang kali ini membawa kita ke Sungai Pelek Sepang. Seperti juga gelanggang Kanchong Darat, gelanggang ini sebenanrnya menjadi laluan saya ke Sepang untuk berkerja tetapi tidak pernah saya jelajahi sebelum ini walaupun terletak di tepi Medan Selera Sungai Pelek sahaja. Barangkali saya terlepas pandang kerana kedudukannya di tengah semak dan di bawah kabel TNB yang besar!


Gelanggang ini memiliki barisan pemain yang juga pelbagai latar usianya. Suasana nyaman kampung sangat dirasai dan mereka juga beraksi setiap hari dari jam 6 petang hingga Maghrib.

Tahap permainan mereka juga pelbagai dengan jumlah pemain sekitar 12 - 15 orang. Di waktu malam, mereka kadangkala sambung bergasak di Dewan Ulu Chuchuh yang terletak beberapa kilometer dari lokasi gelanggang Sungai Pelek ini. Saksikan rakaman yang sempat saya titipkan untuk anda.


10 February 2014

Siri Jelajah Gelanggang - Kanchong Darat

Sejak 4 tahun kebelakangan saya kerap ke Morib untuk tujuan kerja. Dan sepanjang 4 tahun itu hanya 3 kali sahaja saya dapat bergasak diwaktu petang iaitu digelanggang Kem El - Azzhar, bersama  - sama peserta program dan krew saya, sekali di Kampung Endah yang kini sudah membeku gelanggangnya dan juga di Tasik berdekatan Banting (saya sudah terlupa nama gelanggang itu).


Namun rezeki kali ini ketemu dengan sebuah gelanggang yang agak keras - Kanchong Darat berdekatan dengan rumah lagenda badminton negara iaitu keluarga Haji Sidek. Sepatutnya saya ke gelanggang Sungai Pelek tetapi bila difikir semula kedudukannya agak jauh dari Morib dan sudahnya, saya redah sahaja kawasan Kanchong Darat dan dapat juga jumpa sebuah gelanggang yang sedap ini.

Sekiranya anda dari laluan Banting ke Morib, gelanggang ini boleh di cari apabila anda bertemu Masjid Kanchong Darat yang bertentangan dengan Petronas. Masuk sahaja ke Jalan Masjid dan simpang pertama belok ke kanan. Mereka beroperasi setiap hari dengan 5-6 regu selalunya.

Setiba saya di sana, nama saya dilaungkan - bermakna ada ahli MBR di situ. Bila saya turun dari kenderaan didapati kakitangan AgroBank Shah Alam iaitu Ridzuan yang juga ahli MBR turut beraksi di gelanggang ini.

Tekong Kidal Bank Rakyat yang semakin digeruni iaitu Dal rupa - rupanya memulakan karier beliau di gelanggang ini. Selain itu apit kanan UITM iaitu Najib juga menjadikan gelanggang ini sebagai lokasi utama beliau mesikpun jarak rumahnya agak jauh dari gelanggang. Patutlah Najib dan Dal sangat serasi digelanggang!

Gelanggang ini memliki barisan pemain pelbagai usia dari yang sangat veteran sehingga awal 20an. Ini membolehkan mereka memiliki corak permainan pelbagai. Kedudukan gelanggangnya agak sedikit mencabar kerana sangat bersebelahan dengan parit dan dibelakangnya terdapat semak tebal yang mana anda perlu sangat berhati - hati untuk mengutip bola sekiranya bola termasuk ke semak kerana khabarnya ada kelibat sang ular di dalamnya..huhuhu...

Saksikan sedikit rakaman video pengalaman saya di sana, Terimakasih warga Kanchong Darat dan pastinya saya akan ke sana lagi!