26 February 2014

Akhirnya..tuan punya badan bersuara...


Ini bukan cabaran biasa! Beliau juga bukan orang biasa!
Saya pernah duduk semeja bersama Tuan Haji Mohd Shapian iaitu Presiden Persatuan Sepaktakraw Terengganu kira - kira 2 tahun lalu membincangkan banyak perkara dan saya tahu, beliau sangat kehadapan dalam perancangannya.

Selaku Timbalan Presiden PSM, pastinya kredibiliti beliau bukan kepalang. Tiada pasukan sepaktakraw dalam negara ini yang mampu memberikan imbuhan sehebat Terengganu - wang tunai, Umrah, program pembangunan tersusun dan realitinya, bakat sepaktakraw di Terengganu amat ramai.

Bolarotan melobi bagi pihak Tuan Haji Mohd Shapian? Bukan..kami bukan melobi..tetapi realiti adalah realiti. Kemampuan memimpin perlulah diterjemah dalam pelaksanaan. Ia bukan sekadar 'Lip Service'.
Kegagalan kepimpinan PSM sehingga hari ini memerlukan bukan sahaja REFORMASI tetapi REVOLUSI.
PSM gagal menghidupkan sepaktakraw di peringkat akar umbi. Tugas PSM hanya dilihat mengendali skuad kebangsaan. Maka, apa perlunya PSM dalam Malaysia? Elok diserah sahaja skuad kebangsaan kepada MSN bukan?

Mampukah Tuan Haji Mohd Shapian membawa perubahan? Tiada siapa boleh melihat masa hadapan..namun pencapaian semasa Trengganu perlu dijadikan ukuran untuk menilai kemampuan beliau. 
Pastinya juga tidak mudah untuk beliau meletakkan sasaran baru kerana sekiranya beliau menerajui PSM, beliau terpaksa membersihkan daki - daki dosa PSM yang terpalit sejak sekian lama. Pasukan gerak kerja baru perlu dibentuk dan gerakan ke akar umbi perlu diperkasa.

Apakah respon Tok Mat dalam hal ini? Sama - sama kita nantikan episod seterusnya dalam Cerekarama bertajuk 'KERUSI KU JANGAN KAU KACAU'

1 comment:

  1. Hahahaha... tak tahan bila baca tajuk cerekarama tu... :P

    ReplyDelete