20 February 2014

Apa seterusnya?

Tatkala pergerakan Jom Bangkit dilihat sangat agresif bergerak ke seluruh negara untuk mengajak rakyat menolak kepimpinan PSM sedia ada, saya lihat PSM juga galak memberi respon yang bukan hanya menahan pertuduhan berat yang dilontarkan..malah lebih kepada langkah membaiki apa yang sempat dibuat sebelum bermulanya Mesyuarat Agung PSM tidak lama lagi.


Dalam kehangatan pergerakan Jom Bangkit, hulubalang - hulubalang PSM turut agresif bertindak termasuk dengan serangan balas menerusi pelbagai saluran media termasuk suratkhabar dan Whatssap. Terbaru, Naib Presiden 4 PSM menempelak gerakan Jom Bangkit dalam satu kenyataan media.

PSM juga menerusi Presiden sendiri sudah memulakan langkah Corrective di mana telah mula mengadakan pertemuan dengan banyak pihak termasuk wakil bekas pemain negara, pengurus pasukan dan juga terkini telah ke sekolah -sekolah sukan yang memiliki program sepaktakraw sendiri. Malah, PSM juga telah mewar-warkan jadual program tahunan mereka meskipun dikritik hebat oleh ramai peminat.

Persoalannya - mampukah langkah yang sedang diambil oleh PSM ini meredakan pergerakan Jom Bangkit mahupun peminat sepaktakraw tanah air? Harus diingat bahawa ISTAF Super Series bakal berlangsung di Kuala Lumpur ini juga bakal menjadi medan buat oeminat menilai kemampuan skuad negara sekaligus membuka ruang sokong atau hentam peminat nanti. 

Dilihat dari trend sedia ada, meskipun usaha Jom Bangkit dilihat agresif, namun ia tidak pula berjaya membuatkan 2 kejohanan atas nama Presiden PSM sendiri menjadi kelam. Malah sambutan hangat ke atas kejohanan itu melibatkan juga beberapa orang yang turut bersama menyokong Jom Bangkit. Adakah ini membuktikan bahawa apa jua serangan ke atas PSM, peminat tetap buta dalam menyertai kejohanan atau, peminat sekadar bising - bising saja dan tidak peduli sebenarnya?

Persoalan seterusnya ialah, mampukah dengan apa yang digerakkan oleh Jom Bangkit ini mempengaruhi Ahli Majlis Tertinggi PSM untuk mengundi Presiden baru? Sekiranya mampu..siapakah calonnya? Dan dengan adanya Presiden baru kelak, siapa pula yang bakal menjadi Setiausaha Agong di mana jawatan ini amat penting bagi pergerakan PSM. Adakah calon yang sesuai? Siapakah yang sanggup berkorban?

Bagaimana pula pendirian Bolarotan dalam hal ini?

1 comment:

  1. Banyak nya persoalan... hehehehe
    Pada pandangan saya, kita lihat dari sudut positif... perubahan yang dilakukan sekiranya ke arah kebaikan, harus dipuji dan disyukuri. Kalaulah Pemimpin Negara kita pun responsif seperti ini... rakyat pastinya akan lebih gembira...

    ReplyDelete