10 February 2014

Siri Jelajah Gelanggang - Kanchong Darat

Sejak 4 tahun kebelakangan saya kerap ke Morib untuk tujuan kerja. Dan sepanjang 4 tahun itu hanya 3 kali sahaja saya dapat bergasak diwaktu petang iaitu digelanggang Kem El - Azzhar, bersama  - sama peserta program dan krew saya, sekali di Kampung Endah yang kini sudah membeku gelanggangnya dan juga di Tasik berdekatan Banting (saya sudah terlupa nama gelanggang itu).


Namun rezeki kali ini ketemu dengan sebuah gelanggang yang agak keras - Kanchong Darat berdekatan dengan rumah lagenda badminton negara iaitu keluarga Haji Sidek. Sepatutnya saya ke gelanggang Sungai Pelek tetapi bila difikir semula kedudukannya agak jauh dari Morib dan sudahnya, saya redah sahaja kawasan Kanchong Darat dan dapat juga jumpa sebuah gelanggang yang sedap ini.

Sekiranya anda dari laluan Banting ke Morib, gelanggang ini boleh di cari apabila anda bertemu Masjid Kanchong Darat yang bertentangan dengan Petronas. Masuk sahaja ke Jalan Masjid dan simpang pertama belok ke kanan. Mereka beroperasi setiap hari dengan 5-6 regu selalunya.

Setiba saya di sana, nama saya dilaungkan - bermakna ada ahli MBR di situ. Bila saya turun dari kenderaan didapati kakitangan AgroBank Shah Alam iaitu Ridzuan yang juga ahli MBR turut beraksi di gelanggang ini.

Tekong Kidal Bank Rakyat yang semakin digeruni iaitu Dal rupa - rupanya memulakan karier beliau di gelanggang ini. Selain itu apit kanan UITM iaitu Najib juga menjadikan gelanggang ini sebagai lokasi utama beliau mesikpun jarak rumahnya agak jauh dari gelanggang. Patutlah Najib dan Dal sangat serasi digelanggang!

Gelanggang ini memliki barisan pemain pelbagai usia dari yang sangat veteran sehingga awal 20an. Ini membolehkan mereka memiliki corak permainan pelbagai. Kedudukan gelanggangnya agak sedikit mencabar kerana sangat bersebelahan dengan parit dan dibelakangnya terdapat semak tebal yang mana anda perlu sangat berhati - hati untuk mengutip bola sekiranya bola termasuk ke semak kerana khabarnya ada kelibat sang ular di dalamnya..huhuhu...

Saksikan sedikit rakaman video pengalaman saya di sana, Terimakasih warga Kanchong Darat dan pastinya saya akan ke sana lagi!


No comments:

Post a Comment