16 May 2014

Trio Impian Siri 3 Zon Tengah

16 Mei 2014 menemukan Trio Impian dengan siri yang ketiga bagi tahun 2014. Kali ini program berlangsung untuk zon tengah dan berlokasi di Kompleks Rakan Muda Sementa Klang. Pada awalnya saya juga agak bimbang penyertaan melimpah melebihi kuota namun syukur pada Allah SWT setakat berita ini ditulis, seramai 33 orang sedang menjalani latihan dengan 6 orang jurulatih dan fasilitator bertugas.

Ketika ini juga nasib 10 orang peserta dari Negeri Sembilan masih belum diketahui kerana diberitakan tadi kenderaan yang mereka naiki rosak di lebuhraya. Semoga mereka selamat tiba.

Trio Impian kali ini dikendalikan oleh ahli MBR berikut:

Syarudin Nazir - Penyelaras
Saiful Azam - Jurulatih tekong
Din Feeder - Jurulatih apit kiri / Kecergasan
Azmi Klang - Jurulatih apit kanan
Awalludin Syah - Pengurusan data / Fasilitator Tekong
Kechik Aguerol - Fasilitator apit kiri
Khairul Faiezin - Editor / Juru video
Saadku Idamkan Khan - Jurufoto

Saksikan sedutan rakaman dan foto yang sempat kami titipkan buat anda








10 May 2014

Liga ADTP Impian Murni Saujana Impian Kajang

10 Mei 2014
Alhamdulillah, berjaya juga dijalankan Liga Air Di Cincang Takkan Putus (ADTP) Edisi Kajang iaitu di Impian Murni Saujana Impian Kajang. Sebanyak 5 regu berjaya dikumpulkan dengan status tahap permainan amatur dan ini membuatkan perlawanan menjadi sangat menarik!

Sudah agak lama saya sendiri tidak bergasak ditengah panas dan akhirnya dapat juga bersama sahabat - sahabat MBR bermandi peluh dibawah terik mentari dan sesudah perlawanan selesai, hujan rahmat turun mencurah - curah Alhamdulillah.

4 regu yang layak ke peringkat separuh akhir

Antara yang hadir sama ada sebagai pemain atau penyokong

Turut bersama tadi ialah personaliti TV iaitu Ustaz Ahmad Husni Abdul Rahman sempat menggantikan tempat saya ketika saya pulang menjemput anak pulang dari sekolah yang juga tidak jauh dari lokasi perlawanan.




Perlawanan secara liga dengan undian dibuat mengikut posisi dan hadiah yang ditawarkan tadi keseluruhannya berjumlah RM270. Turut diselitkan tadi ialah anugerah pemain terbaik setiap posisi dan pemain harapan yang menjadi milik adik Aiman Aisar yang sanggup datang dari Jalan Reko. Tahniah kepada semua yang  terlibat dan semoga ketemu lagi dalam siri akan datang! Saksikan rakaman video dibawah ini.


06 May 2014

Trio Impian Zon Tengah 16 - 18 Mei 2014

Trio Impian siri 3 kali ini akan berlangsung di zon tengah dengan lokasi kali ini ialah di Kompleks Rakan Muda Sementa Klang.
Tenaga kerja kali ini yang terlibat ialah :

Syarudin Nazir : Penyelaras Program
Khairul Faiezin : Pengurus Projek / Ketua Editor
Saad Hussin : Jurufoto
Suhaimi Yusop : Jurulatih apit kiri
Saiful Azam : Jurulatih Tekong
Azmi Klang : Jurulatih apit kanan
Khairuddin Isa : Jurulatih sains sukan
Kechiq Aguerol : Fasilitator
Awalludin Syah : Pengurusan Data

Penyertaan terhad kepada 40 orang sahaja. Keutamaan diberikan kepada peserta dibawah usia 15 tahun. Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan kami di 013 - 388 9214

04 May 2014

Siri Kejohanan Bakat Baru MBR - Kampung Geliga Kemaman berjaya laksanakan edisi sulung!

Alhamdulillah, 1 Mei 2014 yang lalu menyaksikan ahli MBR di Kemaman di Kampung Geliga telah menyahut cabaran dalam usaha membangunkan bakat sepaktakraw menerusi program terbaru MBR iaitu Siri Kejohanan Bakat Baru MBR. Usaha keras Ahmad Hazarin, Sadie Ali dan rakan - rakan yang lain telah berjaya membesarkan skala kejohanan ini dengan berusaha mendapatkan tajaan lain seperti hamper dan bola. Ini adalah satu usaha terpuji!

Siri kejohanan ini memberi tumpuan kepada pemain berusia 25 tahun kebawah dan tidak berstatus negeri. Matlamat kejohanan ini adalha untuk merancakkan kejohanan peringkat amatur dan memberi peluang kepada pemain muda mencuba dan menguji kemampuan masing - masing.


Sebanyak 10 regu telah mengambil bahagian dengan format liga dan dibahagi kepada 2 kumpulan. Penyertaan adalah dari kawasan sekitar Kemaman termasuk juga dari Kuantan dan Endau. Sedikit kelonggaran diberikan pada edisi sulung ini yang mana seorang pemain berusia atas 25 tahun layak beraksi dalam setiap regu kerana mengambil kira faktor demografi. Di kawasan berkenaan tidak terlalu ramai pemain berusia di bawah 25. Ini juga bagus dari satu sudut kerana memberi peluang kepada pemain yang lebih berusia menonjolkan ciri kepimpinan dan membimbing adik - adik yang masih kurang pengalaman.



Siri kejohanan sebegini akan diperluaskan ke kawasan lain serata Malaysia. Insyallah Kg Geliga akan menganjurkan siri kedua dalam masa terdekat. Di Ipoh juga dijangka bakal berlangsung pada Jun ini. Setakat ini, sudah beberapa kawasan memberikan maklum balas berminat menganjurkan siri kejohanan ini. Semoga usaha kecil ini akan menjadi besar dengan penyertaan dan penglibatan serta kerjasama dari semua pihak. Insyallah!




02 May 2014

T-shirt MBR

Hari ini adalah hari terakhir untuk anda menempah T-Shirt MBR edisi hijau ini.
Kutipan dan dari jualan ini adalah bertujuan menampung program tajaan Bolarotan.com iaitu Siri Kejohanan Bakat Baru. Edisi sulung sudah pun berlangsung semalam di Kampung Geliga Kemaman dan edisi kedua dijangka berlangsung di Ipoh Perak pada Jun ini.

Harga RM18 sehelai tidak termasuk kos pos. Saiz dari XS ke XXXL tersedia untuk tempahan.
Sila sahkan tempahan anda menerusi 013 - 3889214 (sms/whatsapp) atau inbox saya menerusi Facebook selewatnya jam 4 petang ini.
Penghantaran akan dibuat pada hari Rabu depan.