26 June 2014

Lawatan ke Pusat Latihan Negeri Johor

Saya berkesempatan ke Pusat Latihan Negeri Johor untuk sepaktakraw yang terletak di Tangkak awal minggu ini dengan kebetulan ada tugasan di UTHM. Gelanggang Sri Ledang ini adalah antara gelanggang yang banyak melahirkan pemain berbakat pelbagai peringkat usia dengan diusahakan oleh 2 beradik iaitu Codet dan Yusman - 2 nama besar sepaktakraw selain Fauzi Salomon, Cikgu Ali atau Hilmi Cacing.

2 gelanggang berbumbung dan satu gekanggang terbuka ini menjalankan latihan serius setiap hari di mana setiap petang pemain akan hadir untuk latih tubi dahulu sebelum bergasak di gelanggang. Jika di gelanggang lain diwaktu petang kita akan main dengan satu set sahaja, di sini anda perlu bermain dengan kiraan penuh dan sekiranya tie-break, makak ia perlu dimainkan juga. Ini memberikan pemain mood sebenar menjelang perlawanan. 

Oleh kerana masa saya terhad, maka saya hanya sempat merakam sedikit video untuk tontonan anda semua. Insyallah satu lawatan lengkap akann dibuat ke sana.


14 June 2014

Laporan Program Trio Impian KBS MBR 2014 - Zon Utara Kedah


Program Trio Impian KBS MBR 2014 Zon Utara telah diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah pada 24-26 April 2014.

Seramai 40 orang peserta lelaki telah menyertai program kali ini yang datang dari pelbagai lapisan umur dan tahap permainan. Para peserta kali ini datang dari negeri seperti Kedah, Pulau Pinang dan Perlis.

Program yang dijalankan ini bertujuan untuk mempopularkan kembali sukan sepaktakraw di peringkat akar umbi serta mencari bakat-bakat baru yang boleh diketengahkan.

Program selama 3 hari ini diketuai oleh Encik Khairuddin Isa selaku Ketua Jurulatih, Encik Suhaimi Yusof selaku Jurulatih Apit Kiri, Encik Saiful Azam selaku Jurulatih Tekong dan Encik Faizal Adnan selaku Jurulatih Apit Kanan.

Hari pertama program berjalan dengan lancar dimana proses pendaftaran peserta dilakukan seawal jam 2.45 petang. Data peribadi peserta diambil dan direkodkan untuk rujukan lanjutan pihak MBR dan KBS. Sesi petama latihan dijalankan dengan para peserta dibahagikan kepada 3 kumpulan kecil terdahulu. Ujian pra dijalankan untuk mengenalpasti kebolehan setiap peserta dan data direkodkan.

Sesi taklimat dijalankan pada waktu malam di dalam dewan untuk memberi input-input berguna kepada para peserta berkenaan sukan sepaktakraw, peranan MBR dan KBS dalam mempopularkan kembali sukan sepaktakraw kepada rakyat Malaysia serta hala tuju serta peluang-peluang yang ada sekiranya mereka memilih untuk bergiat secara aktif dalam sukan sepaktakraw.

Aktiviti hari kedua bermula seawal jam 6.45 pagi dimana sesi kecergasan bersama Encik Khairuddin Isa dijalankan. Slot teknik dan asas-asas sepaktakraw dijalankan di dalam dewan bermula jam 8.30 pagi sehingga jam 6.00 petang. Para peserta didedahkan dengan teknik-teknik yang sesuai untuk menigkatkan prestasi sebagai pemain sepaktakraw mengikut posisi. Input-input yang diberikan mencakupi aspek teori dan praktikal untuk memudahkan para peserta memahami dengan lebih jelas.

Liga Air Dicincang Tidak Putus (LADTP) dijalankan pada waktu malam hari kedua bagi memberi peluang kepada para peserta merasai pengalaman sebenar semasa menyertai sesuatu kejohanan. Peserta diundi di dalam regu yang mempunyai sekurang-kurangnya seorang pemain yang dijemput dari sekitar kawasan Daerah Besut.

Latihan hari ketiga lebih memfokuskan kepada aspek taktikal dan strategi dalam gelanggang. Majlis penutup dijalankan pada jam 12.00 tengahari dan dirasmikan sendiri oleh Pengarah KBS Negeri Kedah. Setiap peserta diberikan sijil dan vcd latihan sepaktakraw untuk menjadi rujukan di masa akan datang.









































Laporan Program Trio Impian KBS MBR 2014 - Zon Timur Terengganu


Program Trio Impian KBS MBR 2014 Zon Timur telah diadakan di Kompleks Rakan Muda Daerah Besut, Terengganu pada 17-19 April 2014.

Seramai 45 orang peserta lelaki telah menyertai program kali ini yang datang dari pelbagai lapisan umur dan tahap permainan. Para peserta kali ini datang dari negeri seperti Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Program yang dijalankan ini bertujuan untuk mempopularkan kembali sukan sepaktakraw di peringkat akar umbi serta mencari bakat-bakat baru yang boleh diketengahkan.

Program selama 3 hari ini diketuai oleh Encik Khairul selaku Ketua Jurulatih, Encik Khairuddin Isa selaku Jurulatih Apit Kiri, Encik Saiful Azam selaku Jurulatih Tekong dan Encik Futra Ghani selaku Jurulatih Apit Kanan.

Hari pertama program berjalan dengan lancar dimana proses pendaftaran peserta dilakukan seawal jam 2.45 petang. Data peribadi peserta diambil dan direkodkan untuk rujukan lanjutan pihak MBR dan KBS. Sesi petama latihan dijalankan dengan para peserta dibahagikan kepada 3 kumpulan kecil terdahulu. Ujian pra dijalankan untuk mengenalpasti kebolehan setiap peserta dan data direkodkan.

Sesi taklimat dijalankan pada waktu malam di dalam dewan untuk memberi input-input berguna kepada para peserta berkenaan sukan sepaktakraw, peranan MBR dan KBS dalam mempopularkan kembali sukan sepaktakraw kepada rakyat Malaysia, hala tuju serta peluang-peluang yang ada sekiranya mereka memilih untuk bergiat secara aktif dalam sukan sepaktakraw.

Aktiviti hari kedua bermula seawal jam 6.45 pagi dimana sesi kecergasan bersama Encik Khairuddin Isa dijalankan. Slot teknik dan asas-asas sepaktakraw dijalankan di dalam dewan bermula jam 8.30 pagi sehingga jam 6.00 petang. Para peserta didedahkan dengan teknik-teknik yang sesuai untuk menigkatkan prestasi sebagai pemain sepaktakraw mengikut posisi. Input-input yang diberikan mencakupi aspek teori dan praktikal untuk memudahkan para peserta memahami dengan lebih jelas.

Liga Air Dicincang Tidak Putus (LADTP) dijalankan pada waktu malam hari kedua bagi memberi peluang kepada para peserta merasai pengalaman sebenar semasa menyertai sesuatu kejohanan. Peserta diundi di dalam regu yang mempunyai sekurang-kurangnya seorang pemain yang dijemput dari sekitar kawasan Daerah Besut.

Latihan hari ketiga lebih memfokuskan kepada aspek taktikal dan strategi dalam gelanggang. Majlis penutup dijalankan pada jam 12.00 tengahari dan dirasmikan sendiri oleh Pengarah KBS Negeri Terengganu. Setiap peserta diberikan sijil,bola takraw dan vcd latihan sepaktakraw untuk menjadi rujukan di masa akan datang.