14 June 2014

Laporan Program Trio Impian KBS MBR 2014 - Zon Timur Terengganu


Program Trio Impian KBS MBR 2014 Zon Timur telah diadakan di Kompleks Rakan Muda Daerah Besut, Terengganu pada 17-19 April 2014.

Seramai 45 orang peserta lelaki telah menyertai program kali ini yang datang dari pelbagai lapisan umur dan tahap permainan. Para peserta kali ini datang dari negeri seperti Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Program yang dijalankan ini bertujuan untuk mempopularkan kembali sukan sepaktakraw di peringkat akar umbi serta mencari bakat-bakat baru yang boleh diketengahkan.

Program selama 3 hari ini diketuai oleh Encik Khairul selaku Ketua Jurulatih, Encik Khairuddin Isa selaku Jurulatih Apit Kiri, Encik Saiful Azam selaku Jurulatih Tekong dan Encik Futra Ghani selaku Jurulatih Apit Kanan.

Hari pertama program berjalan dengan lancar dimana proses pendaftaran peserta dilakukan seawal jam 2.45 petang. Data peribadi peserta diambil dan direkodkan untuk rujukan lanjutan pihak MBR dan KBS. Sesi petama latihan dijalankan dengan para peserta dibahagikan kepada 3 kumpulan kecil terdahulu. Ujian pra dijalankan untuk mengenalpasti kebolehan setiap peserta dan data direkodkan.

Sesi taklimat dijalankan pada waktu malam di dalam dewan untuk memberi input-input berguna kepada para peserta berkenaan sukan sepaktakraw, peranan MBR dan KBS dalam mempopularkan kembali sukan sepaktakraw kepada rakyat Malaysia, hala tuju serta peluang-peluang yang ada sekiranya mereka memilih untuk bergiat secara aktif dalam sukan sepaktakraw.

Aktiviti hari kedua bermula seawal jam 6.45 pagi dimana sesi kecergasan bersama Encik Khairuddin Isa dijalankan. Slot teknik dan asas-asas sepaktakraw dijalankan di dalam dewan bermula jam 8.30 pagi sehingga jam 6.00 petang. Para peserta didedahkan dengan teknik-teknik yang sesuai untuk menigkatkan prestasi sebagai pemain sepaktakraw mengikut posisi. Input-input yang diberikan mencakupi aspek teori dan praktikal untuk memudahkan para peserta memahami dengan lebih jelas.

Liga Air Dicincang Tidak Putus (LADTP) dijalankan pada waktu malam hari kedua bagi memberi peluang kepada para peserta merasai pengalaman sebenar semasa menyertai sesuatu kejohanan. Peserta diundi di dalam regu yang mempunyai sekurang-kurangnya seorang pemain yang dijemput dari sekitar kawasan Daerah Besut.

Latihan hari ketiga lebih memfokuskan kepada aspek taktikal dan strategi dalam gelanggang. Majlis penutup dijalankan pada jam 12.00 tengahari dan dirasmikan sendiri oleh Pengarah KBS Negeri Terengganu. Setiap peserta diberikan sijil,bola takraw dan vcd latihan sepaktakraw untuk menjadi rujukan di masa akan datang.






















































No comments:

Post a Comment