01 June 2014

TRIO IMPIAN Siri 4 Zon Sabah 2014

Alhamdulillah bertemu lagi MBR dengan peminat sepaktakraw Sabah dengan penganjuran Trio Impian Siri 4 Zon Sabah 2014 yang bermula hari ini iaitu 1 Jun sehingga 3 Jun 2014. Tahun lalu Trio Impian edisi Sabah berlangsung di Keningau dan kali ini bersiaran pula di ibu negeri Sabah iaitu Kota Kinabalu. Namun, oleh kerana kesukaran mendapatkan lokasi yang sesuai maka edisi kali ini berlangsung di 2 lokasi. Untuk hari ini, Trio Impian berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan Putatan dan esok sehingga Selasa akan berlangsung pula di Sabindo.


  
Taklimat program

Pada awalnya 47 peserta telah mendaftarkan diri tetapi hujan lebat sejak tengahari membolehkan hanay 22 peserta tiba. Peserta dari Keningau pula tiba lewat petang tadi dan sehingga kini, hanya 30 orang peserta sahaja. Namun ada baiknya kerana kumpulan sasar kali ini amat bertepatan dengan objektif program dan bilangan gelanggang yang terhad membolehkan penumpuan diberikan secarea lebih mendalam kepada peserta.

Krew Trio Impian kali ini membariskan tenaga kerja seperti berikut;

Syarudin Nazir : Penyelaras Program
Khairul Faiezin : Editor / Juruvideo
Saad Hassan : Jurufoto
Khairuddin Isa : Jurulatih Sains Sukan / apit kiri
Saiful Azam : Jurulatih tekong
Nik Khairul Anuar : Jurulatih apit kanan

Peserta kali ini turut akan didedahkan dengan teknik latihan gelanggang mini 1 lawan 1 bagi membolehkan mereka lebih cepat belajar dalam aspek kawalan gelanggang dan mengawal hantaran.




1 comment: