10 June 2014

TRIO Impian Siri 5 Zon Sarawak 2014 - Di dekati pengurusan tertinggi KBS!

Hari kedua Trio Impian bermula dengan latihan 3 peringkat kawalan bola. Peserta dipecahkan kepada 3 kumpulan mengikut tahap masing - masing berdasarkan pre-test yang dijalankan semalam.
Antara yang menarik ialah latihan dengan menggunakan belon dan juga perlawanan simulasi untuk 6 orang peserta yang ditahap tertinggi bagi menjadi contoh kepada peserta lain.

Tengahari tadi kami diraikan dalam satu majlis bersama Timbalan Ketua Setiausaha Strategik KBS iaitu Dato' Harun Che Su dan delegasinya. Sempat juga saya berbual dengan beliau menyatakan sokongan terhadap Trio Impian malah turut menyatakan program ini turut disokong diperingkat MSN oleh Datuk Seri Zolkeples Embong. Bagi kami di Bolarotan ini ia adalah satu bentuk pengiktirafan yang bukan sebarang atas usaha kecil kami ini serta sokongan ahli MBR khususnya.

Berikut ialah beberapa foto yang sempat dirakamkan sehingga tengahari tadi. 














No comments:

Post a Comment