09 June 2014

Trio Impian Siri 5 - Zon Sarawak

Alhamdulillah, kami tiba di Kuching pada jam 10 pagi tadi dan terus di bawa sarapan menikmati Mee Kolok sebelum di bawa ke Kompleks Belia dan Sukan Kuching. Setakat ini, Kompleks Belia dan Sukan Kuching memiliki kemudahan terbaik sepanjang Trio Impian ini di adakan. Asrama yang sangat selesa, dewan dan gelanggang yang luas membolehkan kami berusaha memberikan yang maksimum untuk edisi kali ini. 

Trio Impian kali ini juga akan menggunakan modul terkini hasil dari analisis yang dilakukan dan semua peserta yang hadir nampaknya dari kategori yang hampir setara. Majoriti berusia 12 tahun ke bawah kecuali ada 2 peserta yang baru sahaja tiba yang mungkin berusia 14 - 15 tahun. Saksikan rakaman foto oleh Saad dan teaser yang disediakan.



























No comments:

Post a Comment