20 July 2014

60% pengundi mahukan jurulatih baru

Foto dari : Utusan dan Saadku Idamkan Khan

Hasil undian di Bolarotan.com mengenai kejurulatihan skuad sepaktakraw Malaysia berjaya menarik 157 pengundi. Dari jumlah ini, 60% mahukan jurulatih sedia ada berundur dan memberi laluan kepada jurulatih baru. 30% memilih mengekalkan dan selebihnya tidak pasti.

Perkara ini bukanlah baru malah respon yang diperolehi dari pelbagai pihak sama ada bekas pemain negara, peminat dan mereka yang berada dalam kerangka kerja skuad kebangsaan ramai yang melahirkan rasa kurang berpuashati dengan hasil program latihan yang dikepalai oleh Haji Jamaluddin ini. Meski dibantu dengan 2 lagenda negara - Nordin Sabaruddin dan Iskandar Arshad dan juga khidmat perunding dari Thailand, program yang sudah mengalami beberapa pertukaran struktur ini dilihat gagal dan sekiranya perlawanan ujian yang lalu dijadikan ukuran, nyata sekali skuad sepaktakraw Malaysia buntu.

Ya..mungkin ada yang tidak setuju dengan tulisan atau undian ini..namun kita perlu telan pahitnya.

Prestasi antara Kamol (kiri) dan Haji Jamaluddin yang terlalu jauh untuk dibandingkan.

Jelas sekali , tiada peningkatan dari prestasi terutama tekong - tekong yang di bawa masuk. Barisan tekong yang kita miliki seperti Syahir Rusdy, Aizat, Syami, Shahidan Ali dan beberapa yang lain menunjukkan prestasi sangat baik sebelum di dalam skuad. Dan apabila merek adiserap masuk, satu demi satu mula kita lihat prestasinya merudum. Di mana silapnya?

Syahir yang kurang konsisten sejak kebelakangan ini perlu segera bangkit

Izurin masih menjadi pertaruhan terbaik PSM buat masa ini

Saya sendiri tidak pasti apa yang berlaku kerana saya tidak duduk dalam unit kejurulatihan. Tetapi hasil tinjauan rambang, analisis video dan foto menunjukkan satu perkara ketara mengenai tekong iaitu perubahan teknik melakukan servis apabila mereka mula duduk dalam skuad.

Kalau sebelum ini kebanyakan mereka servis laju dan disulam dengan drop, laju itu sudah kurang kerana mengambil bola ketika servis dari sudut berbeza. Perhatikan saja rakaman sedia ada..ini bukan tulisan kosong hentam keromo...

Kritikan terhadap sistem latihan terkini dengan setiap jurulatih mengambil pemain pilihan mereka dan melatih secara berasingan juga mengundang masalah. Motivasi pemain menurun, ada yang diberitakan ponteng latihan malah khabarnya durasi latihan juga berbeza dari seorang jurulatih ke jurulatih yang lain.

Dengan masa yang semakin suntuk, pilihan pemain yang agak kecil kelompoknya membuatkan keputusan siapa yang layak ke Incheon mudah diduga. Penyertaan ke King Cup 3 Ogos ini juga akan menjadi kayu pengukur sejauh mana mampunya skuad negara memberi cabaran.

Berbalik kepada undian ini, sekiranya jurulatih ditukar, siapa pula calon yang ada? Itu baru soal calon..bagaimana pula kesanggupan calon itu berkerja di bawah rejim PSM sedia ada?
Namun begitu, Haji Jamaluddin di katakan memiliki kelebihan berbanding jurulatih lain. Terutamanya yang melibatkan kemahiran beliau berurusan dengan media dan juga tugasan berkaitan kertas kerja.

Jika perkara itu menjadi pertimbangan utama PSM, maka saya rasa agak sukar perubahan kejurulatihan dapat dilakukan.
Oh ya..siapa ketua kejurulatihan sepaktakraw Malaysia ya? Sijil tahap berapa yang dimilikinya?

1 comment:

  1. Jurulatih dinilai berdasarkan hasil (output) dan pencapaian (outcome/result). Jika seseorang jurulatih walaupun bagus mcm mana sekalipun, gagal mencatur strategi dan menterjemah perjuangan pemain ke arah lakaran kemenangan, maka dia harus berundur secara terhormat.

    ReplyDelete