03 July 2014

Barisan kepimpinan MBR 2014 - 2016

Salam Ramadhan
Semoga Ramadhan kali ini dapat kita lalui dengan lebih baik dari Ramadhan kita yang terdahulu.
Alhamdulilah, saban hari semakin ramai yang menyertai Masyarakat Bolarotan (MBR) atas minat mendalam terhadap sukan sepaktakraw.

Kalendar sepaktakraw negara juga nampaknya bakal kembali sibuk seusai Ramadhan dengan tirai akan dibuka dengan KFC-Utusan 2014 di mana Bolarotan.com akan kembali membuat liputan setelah 'berehat' tahun lalu.

Kejohanan Restoran PEN Mutiara pula akan menggegar utara tanah air dengan syarat bakat baru bersih dan hadiah lumayan!

MBR juga sedang merancang untuk Liga Air Dicincang Takkan Putus (ADTP) Edisi Ramadhan dan juga berhasrat ke sebuah sekolah anak yatim di Rembau pada Aidilfitiri ini untuk menjalankan satu klinik sepaktakraw bersaam anak - anak yatim berbakat di sana serta menyambut lebaran bersama mereka.

Trio Impian Zon Selatan pula dijangka bermula pada Oktober ini dan Trio Impian Mini juga sedang dirancang untuk ke kawasan yang ada permintaan penganjurannya dari ahli MBR sendiri. 

Saya titipkan juga foto jawatankuasa MBR 2014 - 2016 bagi anda mengenali kami dengan lebih dekat.

Sila cari mereka di Facebook MBR dengan nama yang tertera.

Ramadhan Al Mubarak!




No comments:

Post a Comment