07 July 2014

Program Trio Impian Raya bersama SMA Hj Mohd Yatim Rembau

Insyallah, satu program Trio Impian versi mini sedang di atur untuk dijalankan di SMA Hj Mohd Yatim di Rembau pada ketetapan berikut

Tarikh : 10 Ogos 2014 (13 Syawal)
Masa : 9 pagi sehingga 5.30 petang
Lokasi : SMA Hj Mohd Yatim Rembau Negeri Sembilan.

Program ini bertujuan memberikan sokongan kepada seramai 50 orang pemain sepaktakraw di sekolah berkenaan yang berlatih setiap hari dan berjaya mencapai kejayaan cemerlang dalam pertandingan sepaktakraw anak - anak yatim di peringkat kebangsaan yang berlangsung di UPSI baru - baru ini. 

Sekolah ini memerlukan bantuan peralatan latihan seperti bola, jaring, jersi dan sebagainya. Maka dalam program Trio Impian Raya ini, MBR akan hadir membawa peralatan untuk diberikan sebagai sumbangan kepada sekolah ini agar dapat dimanfaatkan sebaik - baiknya. Turut akan berlangsung nanti ialah majlis sambutan Aidilfitiri, penyampaian duit raya dan perlawanan persahabatan antara wakil sekolah menentang wakil MBR.

Maka untuk mencapai hasrat ini, MBR menjalankan kutipan bantuan kewangan bagi mencukupkan tabung yang dibuka bagi tujuan ini.

Kepada anda yang ingin berbakti, anda boleh berbuat demikian dengan cara berikut:

1. Menyalurkan bantuan kewangan ke akaun Bolarotan Media & Publication - RHB Bank Berhad 2-1417400049272
2. Membeli pakej tabung bantuan bernilai RM50 setiap satu dan anda akan mendapat sehelai T-Shirt MBR dan sehelai sticker cukai jalan edisi terhad MBR. Sila hubungi saya terus untuk tujuan ini dengan menelefon /sms / Whatsapp ke 013- 3889214




3. Menyediakan peralatan yang ingin disumbangkan kepada mereka dan menyerahkan kepada wakil MBR atau hadir sendiri di majlis berkenaan.

Sebarang pertanyaan boleh dibuat langsung kepada saya di nombor talian tertera.

Moga usaha ini dapat membantu adik - adik ini agar terus maju!


No comments:

Post a Comment