16 August 2014

Analisis perlawanan King Cup 2014 - Malaysia vs Korea Selatan

Seperti biasa, Bolarotan.com akan melakukan analisis terhadap perlawanan utama melibatkan skuad Malaysia..dan pastinya ia bukan tentang mencari kelemahan untuk dikritik atau kekuatan untuk dipuji melambung. Tetapi untukm rujukan pemain lain atau sesiapa sahaja yang berminat dengan sukan ini.

Alex Newman

Pertamanya terimakasih kepada ahli MBR dari Australia iaitu Alex Newman yang turtu menyarung jersi Australia dalam King Cup kali ini. Mujur MBR mempunyai ahli serajin beliau kerana jika nak diharapkan PSM untuk kita menonton rakaman aksi pemain negara, alamat bagai menunggu harimau masak nasi la jawabnya..

Baiklah..mari saksikan rakaman di bawah:




Regu pertama yang membariskan Fazli Roslan (apit kanan), Izzurin Refin (Tekong) dan Ayong (apit kiri). Regu ini tumpas tie break kepada regu Korea Selatan. Apa yang anda boleh faham dari perlawan ini?
Dari analisis saya:
1. Ini adalah antara aksi Izzurin di peringkat antarabangsa yang menampilkan variasi servis. Servis drop dan servis ke side 1 nampaknya banyak membantu mereka mendapat mata. Beberapa servis tersasar jauh saya kira berpunca dari balingan yang kurang konsisten dari Ayong. Walau bagaimanapun perlu di puji gandingan mereka ini dilihat lebih serasi dari gandingan Izzurin terdahulu. Malah aksi Izzurin kali ini lebihn mantap dari aksi Sukan Sea dan ISTAF Super Series yang lalu.

2. Sudah agak lama Fazli Roslan tidak beraksi di kejohanan besar. Dan perlu diakui aksi beliau kali ini agak baik walaupun diselubungi kecederaan. Maka saya berharap beliau dapat menjaga dirinya agar tidak terlepas aksi Sukan Asia kerana cedera. Kelebihan melakukan libas gulung dari kaki kiri jelas memberi kelebihan kepada beliau. Walaubagaimana pun , teknik hadangan beliau terutama dalam membaca libasan pihak lawan perlu dipertingkatkan segera. Lonjakan tinggi beliau ketika melakukan hadangan tidak membantu nampaknya kerana apit kanan Korea Selatan lebih banyak mensasarkan ke arah badan beliau. Tanpa perlu bertugas sebagai pembaling bola memberikan beliau lebih ruang untuk fokus sebagai perejam. Ini perlu dikekalkan!

3. Aksi Ayong sebagai apit kiri kini jelas semakin matang. Nyata pendedahan kepada lebih banyak kejohanan bertahap tinggi mampu mematangkan pemain ini dengan lebih cepat. Beliau juga perlu berterimakasih kepada tekong Korea yang nyatanya tidak memiliki sudut servis yang besar kerana amat jarang dapat disasarkan servis kepada Ayong kerana servis tekong Korea ini lebih ke sasaran 1,2 dan 3. Ayong juga perlu memperkemaskan bacaan rejaman lawan kerana dalam 3 set ini, tackling kepada rejaman lawan hampir tiada, Latihan tackling perlu segera dipertingkatkan!



Regu kedua negara membariskan Syahir Rosdi (Tekong) Mohd Zamree / Ulo (apit kanan) dan Syazreen Qamar / Deqma (apit kiri). Tidak dapat ditolak bahawa Deqma dan Syahir berada dalam senarai atas pemain negara. Zamree yang lebih terkenal di selatan tanah air diberi peluang ke peringkat tinggi buat kali pertamanya nyata tidak mengecewakan.

1. Servis Syahir ke side 7 sangat ampuh dan kelajuannya melebihi servisnya ke sasaran lain. Ini adalah satu kelebihan yang harus dimanfaatkan sebaiknya terutama apabila berdepan dengan cabaran Thailand yang rata - rata apit kirinya akan mengambil bola laju dengan peha. Ketinggian Syahir menghasilkan trajektori bola yang mudah menuju ke penjuru gelanggang. Balingan Zamree perlu dikemaskan sedikit lagi bagi menghasilkan servis konsisten. Servis ke sasaran 1,2 dan 3 pula agak kurang menjadi. Kerap berlaku bola tersasar jauh seolah - olah Syahir mengambil bola terlalu awal atau bola kurang sampai. Gerakan kaki kiri yang lebih baik mungkin boleh membantu menyelesaikan hal ini. Syahir juga dilihat yakin dalamm melakukan servis berbanding ketika ISTAF Super Series dan Sukan Sea.

2. Mohd Zamree a.k.a Ulo pastinya telah berjaya membuatkan warga Johor berasa gembira! Permainan penuh yakin ibarat aksi di liga tempatan meletakkan Ulo bakal dipandang serius oleh Thailand. Bijak mematikan bola tanpa terlalu ghairah bakal meletakkan posisi apit kanan nombor satu negara tidak lagi boleh dipegang selesa oleh Hanapiah. Ulo mampu menjadi pemain utama negara selepas ini dan pengalamannya mampu membuatkan Syahir lebih tenang berdepan dengan lawan.

3. Deqma sekali lagi menjarakkan dirinya dengan pemain apit kiri lain. Statusnya selaku apit kiri nombor satu negara kini bagai sudah sukar untuk dicabar. Kebijaksanaannya mengatur permainan untuk Ulo jelas memeningkan regu Korea. Jika dikekalkan regu ini, saya sangat yakin regu negara setidaknya mampu bertemu dengan Thailand di peringkat akhir Sukan Asia kelak.

Begitulah serba ringkas analisis saya kali ini. Dengan masa yang sangat terhad, Malaysia sudah tidak mampu membazirkan masa latihan dengan sia - sia. Berusahalah sehabis baik dan ketahuilah bahawa doa rakyat Malaysia sentiasa mengiringi kalian.

p/s : Pengurus Malaysia telah pun menghantar surat perletakan jawatan. Siapakah yang bakal menggalas kerusi panas itu di kala AGM PSM sepatutnya berlangsung bulan ini. Antara nama yang mungkin naik sebagai pengurus ialah Syed Perlis, Zam Bukit Putra atau......

3 comments:

  1. Video regu ketiga telah dimuatnaik oleh Alex. Saya tak kenal siapa tekongnya (nama Izham Sulaiman - dr negeri mana dan background). Tapi dia bawak killer Kamal Alfiza dan Muqlis Kecik feeder. Performance scratch pair mcm ni agak risky. Kalau menjadi bagus, tapi kalau tak menjadi balingan, dan agak longgar kawalan pertahanan. Saya lebih suka kalau Aizat (Ijat Bom) jadi tekong sebab dia ada karekter. Kamal Alfiza juga bagus tapi saya lebih suka Zaman yang versatile dan ada karekter.

    ReplyDelete
  2. Pada pendapat saya, keseluruhan team Malaysia dibarisi pemain muda yang berbakat dan berkemampuan. Cuma mereka skrg bagaikan tiada haluan dan bimbingan secara struktural/sistematik. Kalau dream team kita saya lebih suka pemain seperti Sobey (tekong), Imey, SinChan (Killer) dibawa masuk memperkukuhkan pasukan supaya kita ada 3 regu kuat boleh rotate any combinations (1-2-3, 2-1-3, 3-1-2 atau 1-3-2), bukan 2 regu kuat dan satu regu joker.

    ReplyDelete
  3. Izham adalah anak kepada aktor Mat Over.

    ReplyDelete