13 August 2014

Kejohanan Riadah Jariah MBR 2014


Akan berlangsung 30 Ogos ini di Kompleks Sukan Kampung Pandan Kuala Lumpur satu lagi kejohanan anjuran MBR dengan kali ini diberi nama Kejohanan Sepaktakraw Riadah Jariah MBR 2014. Kejohanan ini juga merupakan berformat unik dan kali pertama dilaksanakan di negara ini (Di dunia mungkin?)

Pertamanya ialah kejohanan ini berkonsep jariah. Setiap penyertaan perlu didaftarkan dengan yuran seperti berikut:
Setiap regu perlu membayar yuran RM30 beserta sekampit beras (5kg), tepung 1kg, gula 1kg dan garam satu bungkus. Duit dari yuran ini akan digunakan bagi menampung kos penganjuran seperti sewaan dewan, insentif pengadil dan peralatan kejohanan. Manakala beras, tepung, gula dan garam akan diagihkan kepada ASNAF dengan diuruskan oleh PPZKL.

Keunikan kedua pula ialah syarat kejohanan ini. Berikut adalah perinciannya

1.    MAKLUMAT PENTING

i.      Memakai jersi bernombor dan menutup aurat adalah DIWAJIBKAN.
ii.     Kejohanan ini akan diadakan di Kompleks Sukan Kampung Pandan Kuala Lumpur.
iii.    Tarikh tutup kejohanan adalah pada 29 Ogos (Jumaat), jam 12.30 tengahari.
iv.    Proses pengundian juga akan dijalankan pada 29 Ogos (Jumaat), jam 8.00 malam.
v.     Jadual kejohanan akan dimuat naik di FB dan Blog MBR.
vi.    Pada hari kejohanan, perlawanan akan dimulakan seawal jam 8.30 pagi.
vii.   Format kejohanan dan sistem kiraan mata akan dimaklumkan kemudian.

2.    SYARAT-SYARAT KEJOHANAN

i.    Pemain yang mewakili NEGARA / NEGERI / ATM / PDRM di dalam sebarang Kejohanan Piala Emas Khir Johari dan Grand Prix Kebangsaan, hanya dibenarkan SEORANG SAHAJA di dalam setiap regu.
ii.     Pemain di posisi APIT KIRI yang mewakili NEGARA / NEGERI / ATM / PDRM di dalam sebarang Kejohanan Piala Emas Khir Johar idan Grand Prix Kebangsaan, TIDAK DIKIRA sebagai pemain NEGERI / NEGARA.
iii.    Salah seorang pemain perlulah terdiri dari pemain amatur @ bakat baru (tidak mewakili Negeri di dalam Kejohanan Piala Emas Khir Johari, Grand Prix Kebangsaan, Super Series Kebangsaan dan SUKMA).
iv.     Pemain berstatus NEGERI / NEGARA yang berumur 45 tahun dan keatas (lahir pada tahun 1969 dan kebawah), TIDAK DIKIRA sebagai pemain NEGERI / NEGARA. 
v.     Sebarang bantahan hendaklah dikemukakan secara bertulis dalam tempoh 30 minit selepas perlawanan tamat dengan disertakan wang tunai sebanyak RM50.00 sahaja. Sekiranya bantahan itu diterima wang berkenaan akan dikembalikan dan sekiranya bantahan ditolak, wang berkenaan akan menjadi hak mutlak pihak penganjur kejohanan.
vi.  Sebarang kemusykilan berkaitan dengan syarat dan status pemain, boleh menghubungi saya di talian 012-3614048 / 010-5404048.

Pendaftaran boleh dibuat dengan menghantar sms /Whatsapp berserta bukti
pembayaran dan butiran pemain ke nombor tertera di atas. Barangan sumbangan perlu 
dibawa pada hari kejohanan.

Anda hanya perlu berikan maklumat berikut
Nama regu
Nama pemain & No kad pengenalan
Nama pengurus
Bank in kan RM30 ke akaun berikut
Bolarotan Media & Publication
RHB Bank 21417400049272
atau
Mohsen Amdan
Maybank 114012205535

No comments:

Post a Comment