05 August 2014

King Cup 2014 - Malaysia ku...

King Cup 2014 Thailand sudah pun hangat dengan acara tahunan ini mendapat sambutan kerana penganjurannya sangat berprestij dan kehadiran dari serata dunia memeriahkan lagi acara ini. Malaysia juga turut menyertai kejohanan ini dan sebagaimana biasa, berita King Cup ini pastinya tidak mudah diperoleh dari sumber PSM sendiri kerana berita di Thailand bukan dalam bahasa Inggeris! Sebelum ini pun berita King Cup yang tertulis di dada akhbar perdana Malaysia adalah dari sms atau mesej wartawan kepada jurulatih. Jika cepat di balas maka cepatlah berita itu.

Oleh yang demikian, Bolarotan cuba mendapatkan berita dari ahli MBR yang berada di sana. Dan nampaknya usaha itu berhasil namun, pilu pula mendengar apa yang berlaku.

Setakat mesyuarat pengurus pasukan yang berlangsung, kelibat dari Malaysia tidak kelihatan dalam foto. Saya kurang pasti kenapa. Adakah kerana wakil dari Malaysia tidak minat bergambar, terlepas sesi bergambar, pergi ke tandas semasa bergambar atau tidak hadir ke mesyuarat itu. Dan pastinya, ia mengundang rasa pelik. Perhatikan foto di bawah yang saya petik dari Facebook Dato Abdul Halim Kader sendiri.


Mungkin delegasi Malaysia belum tiba, atau mereka tidak perlu pun hadir ke mesyuarat ini..tak mengapalah..positif saja dari saya.

Namun, itu bukanlah perkara yang besar sangat. Yang lebih besar lagi ialah, saya menerima maklumat dari risikan ahli MBR di sana bahawa ada desas desus yang mengatakan pasukan Malaysia hanya hadir dengan 11 pemain sahaja! Janggal bukan? Malah khabarnya juga beberapa tonggak utama negara seperti Hanafiah dan Zaman tidak beraksi kali ini. Hanafiah yang baru selesai kursus sebagai kakitangan sebuah PBT di Selangor khabarnya tidak beraksi kerana aksi beliau agak hambar sewaktu perlawanan ujian di MSN Keramat. Benarkah?

Ingat lagi berita yang Malaysia mungkin menghantar skuad TUDM bagi mewakili negara? Kedengaran juga desas desus bahawa pemain negara sedia ada digugurkan dari ke King Cup kerana memberi laluan kepada regu TUDM. Kebetulan dalam satu perbincangan kami sebelum ini menjurus kepada isu hampir sama iaitu, apa akan jadi jika PSM menawarkan tempat kepada pemain TUDM tetapi mereka menolak...adakah PSM mampu mengambil tindakan ke atas mereka?

Dan ianya dikatakan berlaku. Sepatutnya satu regu TUDM beraksi untuk Malaysia di King Cup tetapi tidak mendapat pelepasan. Sumber MBR di Thailand akan cuba mendapatkan foto sebagai bukti kelak. 

Apa akan berlaku di sana nanti? Mampukah pasukan negara menyinar di King Cup? Nantikan pelbagai update di Facebook MBR.


No comments:

Post a Comment