31 August 2014

Majlis Pengundian KFC - Utusan 2014 akan berlangsung sebentar nanti

Alhamdulillah, Bolarotan kini kembali memeriahkan KFC - Utusan bagi edisi 2014. Kali ini Bolarotan akan tampil dengan ramai krew baru, teknik dipertingkat dan ini termasuk live streaming akan di adakan. Malam ini juga akan diadakan live streaming untuk sesi pengundian yang akan berlangsung di Ibu Pejabat Utusan Melayu Jalan Chan Sow Lin.

Setakat ditutup penyertaan, 190 regu akan bertanding dan ini melibatkan 5 kategori dan terdapat juga kategori pemain pilihan dengan jumlah hadiah RM3000.

Kami di Bolarotan sangat teruja untuk kembali ke Paroi sebagai lokasi kejohanan dan acara akhir akan berlangsung di Space U8 Shah Alam.




Nantikan keputusan undian malam nanti. Berikut ialah link untuk siaran langsung yang akan keudara sebentar nanti.


No comments:

Post a Comment