13 August 2014

Trio Impian Aidilfitri 2014 - Sekolah Menengah Agama Hj Mohd Yatim Rembau




Alhamdulillah. dengan jayanya Trio Impian Aidilfitri 2014 berlangsung di Rembau dengan SMA Hj Mohd Yatim menjadi lokasi program. Kalau 2013 acara sepaktakraw di Aidilfitri bertempat di Bentong dengan Liga ADTP, dan dirai sama oleh Restoran Lemang terkenal Bentong, kali ini MBR turut di raikan dengan Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Belia dan Sukan yang juga Wakil Rakyat Rembau.

Program ini merupakan siri mini Trio Impian yang sudah pun berlangsung sebanyak 5 kali diseluruh negara. Program kali ini adalah untuk melihat sendiri potensi pelajar di SMAHMY yang begitu ramai dan dimaklumkan setiap hari lebih dari 50 orang pelajar akan turun beraksi. Dengan kemudahan latihan yang agak terhad, maka MBR turut mengumpulkan sumber bagi membantu mereka dan hasilnya, bukan sahaja MBR ynag membantu tetapi turut menerima sumbangan dari Kelab Sepaktakraw MAS, Kelab Sepaktakraw TKP dan juga Persatuan Sepaktakraw Anak Negeri Sembilan (PESTANS). Malah, program ini turut mendapat tajaan eksklusif dari GAJAH EMAS dengan sumbangan berbentuk bola dan jaring.

Projek yang diterajui oleh Mamad Kiko (nama fbnya) dan ahli jawatankuasa lain telah berlangsung dengan begitu berjaya sekali. Malah, ia turut dimeriahkan dengan kehadiran 2 personaliti TV iaitu Ust Ahmad Husni Abdul Rahman dan Din Maidin (Gerak Khas).

Terimakasih kepada pihak sekolah yang sudi menerima kunjungan MBR kali ini. Terimakasih juga kepada semua warga kerja MBR yang bertungkus lumus memastikan semuanya berjalan lancar!

Sempat selfie bersama YB KJ


Din Mydin juga beraksi

Mamad Kiko menyampaikan cenderahati kepada pihak SMAHMY



Sempat beraya ke rumah Syahmir

Penyerahan jersi MBR yang kini diwariskan kepada mereka


Sijil penghargaan dari pihak SMAHMY


Ustaz Ahmad Husni mengimamkan Solat Zuhur

No comments:

Post a Comment