22 August 2014

Zamry letak jawatan..Zamri pula menggalasnya!

Presiden Persatuan Sepaktakraw Anak Negeri Sembilan (PESTANS) iaitu saudara Zamry Fareed yang sebelum ini menggalas tugas selaku Pengurus pasukan sepaktakraw negara telah pun meletakkan jawatannya seusai King Cup 2014 yang lalu. Seorang yang secara peribadi saya kenal sebagai orang yang memiliki keazaman yang kuat, akhirnya terpaksa angkat tangan dan berundur kerana nyatanya, dia tidak mampu lagi bekerja dalam pasukan kepimpinan PSM yang mentadbir persatuan dalam keadaan tidak tersusun. Berikut ialah kenyataan yang dibuat oleh Zamry di dalam Facebooknya baru - baru ini.

Zamry (kiri)

Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah
Salam Satu Malaysia...
Agak lama saya mengambil masa berfikir untuk mengeluarkan sebarang kenyataan tentang keputusan MELETAK JAWATAN sebagai pengurus pasukan sepaktakraw negara, satu keputusan yang amat berat untuk dilakukan apatah lagi sudah hampir sangat (kurang sebulan) dari temasya Sukan Asia Incheon 2104 September ini.
Ramai yg bertanya kenapa saya membuat keputusan yg drastik ini ; keluarga, kawan2, peminat takraw, bekas pemain, media, blogger dan lain-lain lagi. Pendek kata mereka semua ingin tahu PUNCA SEBENAR kenapa saya bertindak sedemikian. Banyak spekulasi mungkin tengah berlegar di luar sana...
Saya ada rekod yg kurang baik dengan media, saya juga tidak mahu penjelasan dari saya DI-TERSALAH SAMPAI-KAN oleh sesetengah pihak, bukan kata mereka tidak baik tetapi pengalaman yg lepas byk mengajar saya supaya lebih berhati-hati untuk membuat sebarang statement.
Pasti ada antara tulisan ini nanti akan menyakiti atau mengguris hati individu atau sesetengah pihak, tp apa yg saya cuba sampaikan adalah IKHLAS dari hati saya atas rasa cinta terhadap sukan sepaktakraw dan negara... tiada niat utk aibkan mana2 pihak. Ambil yang baik, abaikan apa yg dirasakan tidak betul... Anda semua boleh menilai dan mempunyai hak untuk mempunyai pendapat sendiri. Nah! saya harap penjelasan ini akan menjelaskan byk perkara...
KENAPA LETAK JAWATAN?
Sejujurnya... byk keputusan berkaitan urusan skuad dibuat tanpa berbincang dengan pengurus terlebih dahulu. Dari urusan baju pakai, senarai pemain, aktiviti dan perancangan pasukan dan lain-lain lagi dibuat kebanyakannya diLUAR PENGETAHUAN saya. Saya hanya akan diberitahu setelah keputusan dibuat pihak persatuan. Memang persatuan adalah badan yg akan dipertanggungjawabkan diatas prestasi dan keputusan pertandingan tp persoalan nya perlukah mereka MASUK CAMPUR dalam urusan team? Tidak percayakah mereka kpd pengurus, jurulatih dan pemain yg dipilih. Saya puji sifat persatuan yg sanggup ambik risiko dgn beberapa keputusan GILA yg dibuat, tp adakah itu cukup untuk kita persembahkan kepada jutaan peminat sepaktakraw tanahair, jutaan duit yg telah dilaburkan atau jutaan harapan menggunung rakyat? Persatuan sebagai pemegang amanah rakyat perlu mengambil tindakan secara KOLEKTIF serta RESPONSIF bukan ikut sedap tekak sendiri... Berilah individu yg lebih arif dan mahir dalam bidang mereka utk buat keputusan.
Kejadian menukar senarai pemain yang dicadangkan jurulatih disaat2 akhir sebelum kejohanan, pengumuman secara mengejut untuk membawa masuk pemain baru dari luar skuad dgn hanya berpandukan keputusan satu kejohanan bagi saya tidak boleh diterima. Memang persatuan sudah bersedia dengan skrip alasan bagi setiap tindakan tersebut tp tindakan ini bagi saya TIDAK MASUK AKAL, ingin saya beritahu disini bahawa semua jurulatih dan pemain sangat tidak berpuas hati serta terasa diri mereka tidak berguna dgn perkara sebegini, mereka dengan terpaksa menerima segala apa jua keputusan persatuan... ketahuilah, kadangkala angguk mereka bukan bermakna setuju tetapi mereka terpaksa. Ramai dalam persatuan tahu akan perkara ini dan tidak boleh menafikannya, tapi tiada siapa yg berani tampil menegur atau bercakap secara terbuka mengenai perkara ini... biarlah saya jadi apa nak digelar pun utk bgtau perkara sebenar, saya tahu apa akibatnya bila mendedahkan perkara ini, tp saya tidak mahu perkara ini terus berlanjutan, terpulang kpd mereka yg hendak kata apa atau sakit hati dgn saya tp ini kebenaran nya... tepuk dada tanya selera...
Namun begitu, saya CUKUP KAGUM dgn semangat jurulatih dan pemain, walaupun pergi ke kejohanan dgn MENTALLY SICK dan MOTIVASI YG KOYAK tetapi mereka tetap cuba yg terbaik utk menang dlm setiap perlawanan, kerana apa yer??? Kerana mereka sayangkan sepaktakraw dan negara...
Persatuan tiada istilah WORK AND STICK TO THE PLAN, semua tahu yg skuad yg ada sekarang adalah projek utk Sukan Sea Kuala Lumpur 2017,,, SABAR BOLEH TAK? baru 6 bulan sudah menggelabah nak rombak skuad, nak bawak masuk itu, nak bawak masuk ini, nak buangnya sekian, Spain tu nak jadi world champ pun terpaksa ikut program dan pelan 20 tahun, agak2lah YONG nak menang dgn PATTARAPONG hari nie, tp percaya lah, tengok 2-3 tahun lagi, makanan AYONG anak siam tu... betul!! tak percaya? SABAR, tunggu dan lihat...
Prinsip saya agak mudah dalam perkara ini, kalau saya tak mampu atau tak boleh menyumbang apa2 kepada skuad, dgn rasa TANGGUNGJAWAB saya akan BERI LALUAN kepada yang lebih berkemampuan dan berkebolehan. Saya sedar yang saya tak mampu beri IMPAK kepada skuad setelah setahun berkhidmat, itu natijahnya, bak kata YB KJ Menteri kita.. A failure is a failure, tak bolehlah kita bagi alasan sasaran sikit lagi nak tercapai ke bagai, saya pun jenis tidak mahu memindahkan tanggungjawab atau kesalahan kepada org lain, this is SPORT MANAGEMENT, org tak tengok kita baik ke, budi bahasa tinggi ke, kuat berusaha ke atau lain-lain faktor, mereka hanya mahu RESULT, memang persatuan kata yg mereka dah BEKERJA KUAT tp rezeki belum ada... ini pendapat ikhlas saya... mungkin bintang anda bukan dalam bidang ini, saranan saya ; anda boleh cuba di arena lain, anda memang baik, pejuang, kuat bekerja, banyak pengorbanan telah dilakukan, sayang sukan sepaktakraw tp apa boleh buat NASIB tidak menyebelahi anda buat setakat satu dekad ini... terima HAKIKAT ini macam saya ...
Cukup setakat ini dahulu...
Jika ada kesalahan harap dimaafkan, yang baik hanya dari-Nya, yg buruk dtg dari diri kerdil saya, tiada niat utk aibkan sesiapa tp cuma ikhlas menegur... teguran untuk kebaikan, bukan utk cari salah atau musuh tapi sebab kita semua SAYANG SEPAKTAKRAW & MALAYSIA... wallahualam...

Jawatannya kini di sandang oleh Bendahari Persatuan Sepaktakraw WPKL (PERSEWIP) iaitu Mohd Zamri Abdul Rahman yang popular dengan nama Zam JPJ atau Zam Bukit Putra. Zamri bukanlah nama asing dalam sepaktakraw Malaysia terutama melalui pasukannya iaitu Bukit Putra. Surat lantikan bertarikh 16 Ogos 2014 telah dihantar PSM ke pejabat PERSEWIP.

Lantikan ini turut disambut baik oleh ramai peminat sepaktakraw kerana kemampuan kewangan khususnya oleh Zam Bukit Putra bukanlah persoalan. Ini dubuktikan dengan pasukan Kuala Lumpur yang begitu beruntung dikendalikan beliau sehinggakan ramai pemain dari luar KL juga berebut mahu menyarung jersi Kuala Lumpur. 
Saya sangat berharap kehadiran Zam Bukit Putra dalam membawa skuad Sukan Asia 2014 tidak hanya sekadar 'funder' atau penyumbang sumber kewangan utama PSM semata - mata. Setidaknya Zam Bukit Putra perlu memiliki 'bargaining power' dalam menyusun pemain dalam pasukan.
Apa pun, sekalung tahniah buat Zamry PESTANS atas peningkatan kualiti pasukan negara khususunya dalam aspek imej dan selama maju jaya kepada Zamri Abdul Rahman selaku pengurus baru.

1 comment:

  1. Semoga another Zamri tidak menjadi buah catur yg boleh diperlakukan sesuka hati oleh PSM.

    ReplyDelete