27 September 2014

Harian Metro Cap Ayam

Tindakan Harian Metro menyiarkan artikel degan tajuk provokatif dan menghina adalah sesuatu yang tidak boleh diterima. Tekong Cap Ayam adalah tajuk yang diguna pakai di muka belakang tabloid berkenaan dengan gambar jurulatih Iskandar Arshad dalam keadaan seolah - olah sangat kecewa.


Kenapa Tekong Cap Ayam?

Cap Ayam merujuk kepada slanga yang boleh dimaksudkan sebagai - LEKEH, TERUK, BERNILAI RENDAH , TIDAK BAGUS , STANDARD RENDAH dan TIDAK MEMENUHI PIAWAI.

Mungkin Harian Metro terlupa insiden Radio Era di arahkan meminta maaf secara terbuka apabila mereka menggelarkan pasukan bolasepak Sarawak sebagai Cap Ayam. 

Kenapa perlu dilabel cap ayam? Adakah tahap permainan mereka begitu teruk? Kenapa tekong pula yang di label sebegitu? Sepaktakraw adalah permainan seregu..bukan seorang. Mereka berhempas pulas menentang pasukan terkuat dunia iaitu Thailand. Pasukan Thailand pula di barisi oleh pemain berpengalaman dan berprestasi tinggi berbanding Malaysia. PSM YANG GAGAL MENYEDIAKAN PEMAIN KERANA TIADANYA PELAN PEMBANGUNAN TIDAK SEPERTI THAILAND. Jadi mengapa hanya tekong dipersalahkan? Tekong Thailand juga bukan semua servisnya memberikan mata malah ada juga tersangkut.

Kenapa tidak tulis sahaja PSM Cap Ayam? Atau Tok Mat Cap Ayam ketika konflik kepimpinan PSM meruncing dan hasil teruk oleh PSM lebih 10 tahun? Sebab Harian Metro Penakut? Takut berdepan orang politik?

Kenapa bila berita perasuah tertangkap atau di dakwa tidak pula Harian Metro melabelkan penjenayah keparat ini dengan buruk? 

Sewajarnya Harian Metro menarik balik semula artikel itu dan memohon maaf secara terbuka kerana sangat mengguris hati tekong - tekong berkenaan , ahli keluarga nalah kami sendiri sebagai pencinta sukan ini.

Jangan sekadar menangguk di air yang keruh wahai Harian Metro. Harian Metro kalau begini adalah jauh lebih teruk dari Cap Ayam. Sardin Cap Ayam setidaknya lazat di makan. Perangai hodoh penulis dari Harian Metro ini lebih keji dan tak setanding pun dengan Cap Ayam.

Mohon sebarkan tulisan saya ini.

1 comment:

  1. Harian Metro masih lagi mencari publisiti...cara kerja sambil lewa...topik entah apa2..jangan batak like sangat disebabkan ramai orang baca..orang baca sebab murah..patutla topik pon murah..patutnya jual surat khabar tu 20 sen je...standard cap ayam!!

    ReplyDelete