17 September 2014

Siri Jelajah Gelanggang - Kelab Sepaktakraw MAS

Malaysia Airlines, MH, MAS adalah nama yang meniti dibibir warga seluruh dunia berikutan insiden kapal terbang komersil yang sangat menyayat hati. Namun di sebalik itu, MAS adalah nama penting sepaktakraw Malaysia. Untuk pemain yang sudah agak berusia, kejohanan MAS-Utusan pastinya menggamit memori. Malah sejak tahun 2000, pelbagai program pembangunan dan promosi sepaktakraw di serata tanah air malah sehingga ke eropah.



Saya diperkenalkan kepada mereka ini sejak awal penubuhan Bolarotan. Dan sejak itu saya gagal menjejakkan kaki ke gelanggang mereka sehinggalah semalam, menerusi Mamad Kiko, saya telah di bawa ke sana.

Hj Yaakob adalah orang penting di sebalik Kelab Sepaktakraw MAS. Sayangnya beliau tiada di sana semalam barangkali kerana semalam adalah hari cuti. Selain itu, kemudahan yang baik di sana sangat memberikan keselesaan buat mereka yang hadir berlatih setiap minggu. Mereka beroperasi setiap Selasa dan Jumaat dari 6 petang hingga 10 malam. Kadang kala mereka turut bermain pada Rabu malam. 

Saksikan video SJG yang disediakan ini.


No comments:

Post a Comment