28 January 2015

Keadaan terkini Syazreen Qamar @ Deqma

Alhamdulillah, kita panjatkan segala puji bagi Allah atas perkembangan positif apit kiri negara Syazreen Qamar @ Deqma yang masih berada di ICU Hospital Tunku Jaafar Negeri Sembilan. Setakat hari ke 6 ini, beliau sudah pun diziarahi oleh Menteri Belia dan Sukan YB Khairy Jamaluddin dan juga kepimpinan PSM siang tadi. Deqma juga bertuah kerana mempunyai kawan - kawan yang sanggup bersengkang mata menemani keluarga beliau yang terdiri dari rakan sepasukan sepaktakraw Negeri Sembilan dan yang paling mengharukan, bekas pemain negara iaitu Rommi Suhendra sangat banyak membantu dalam menguruskan pelbagai keperluan keluarga Deqma sendiri. Tabik untuk itu!

Setelah menziarahi beliau sendir semalam, pihak kepimpinan MBR memutuskan untuk meneruskan kutipan bagi meringankan beban keluarga Deqma. Selain itu, beberapa inisiatif lain juga sedang giat dirancang antaranya mencuba untuk mendapatkan bantuan dari Pusat Zakat Negeri Sembilan. Dengan 2 adiknya yang bergantung kepada ayah beliau yang baru saja ditamatkan kontrak kerja sebagai pemandu lori, abangnya juga masih belajar di UITM dalam semester akhir Diploma Sains Sukan.

Kejadian ini juga dilihat memiliki hikmah tersendiri. Barulah kita tahu betapa pincangnya dan cincai sekali pengurusan pasukan negara yang diterajui oleh PSM. Setakat pengetahuan kami, masih tiada bantuan disalurkan oleh PSM kepada keluarga Deqma. Malah yang lebih tidak bertanggungjawab, laporan akhbar dari Utusan yang sekadar memetik sumber entah dari mana dan mengakibatkan kerajaan negeri terasa kerana tulisan mengenai kejadian ini seolah turut memburukkan tempat perkelahan di Negeri Sembilan.

Saksikan rakaman video mengenai ulasan terkini berkaitan Deqma.

No comments:

Post a Comment