28 January 2015

Malaysia Belasah Thailand di ASG 2014!

Hampir menitik air mata saya tadi apabila dimaklumkan bahawa adik - adik kita yang beraksi di Asean School Games di Filipina telah berjaya memalukan Thailand dengan muncul juara acara berpasukan dengan kemenangan 2-0!

Pasukan yang dibimbing oleh Suhairi Aziz dan Remy MI ini telah menunjukkan prestasi hebat dengan regu Syahir Rosdi, Anas Muhaimin dan Zaim menundukkan regu Thailand dengan mata 21 - 16, 21 - 23 dan 21-16 manakala regu Meor, Naim dan Aidil mempamerkan aksi dengan kelas tersendiri apabila mudah mengalahkan regu utama Thailand dengan straight set 2-0 iaitu dengan catatan 22-20 dan 21-18!

Menurut berita yang diterima, jurulatih Thailand Kamoul Tankimhong dilihat terkedu dan terdiam melihat aksi hebat pemain Malaysia sebentar tadi.

Tahniah dari kami semua. Semoga terus maju! Pasti ada sinar buat sepaktakraw Malaysia selepas ini!

Sujud syukur dari semua kontijen Malaysia juga telah mengejutkan semua yang hadir ketika itu!

No comments:

Post a Comment