28 January 2015

Siri Jelajah Gelanggang - Taman Sutera

Assalamualaikum wbt

Sudah agak lama Siri Jelajah Gelanggang (SJG) tidak berlangsung dan kali ini, SJG hadir dalam keadaan yang unik iaitu di kawasan perumahan saya sendiri. Taman Sutera Kajang terletak berdekatan Sungai Balak Kajang dan boleh diakses dari pelbagai arah seperti Balakong, Kajang, Bangi dan Cheras. Gelanggang kali ini baru sahaja di bina di atas tapak kosong yang sepatutnya menjadi laluan jalanraya. Ini adalah sebahagian hakikat yang terpaksa diterima kerana bukan semua pemaju peduli mengenai tapak rekreasi dan sukan bagi penduduk.

Rata - rata yang beraksi di sini masih di tahap beginner dan ada juga beberapa yang sudah lama tidak beraksi. Maka, kejohanan persahabatan baru - baru ini di antara fasa perumahan kami ini membuatkan masing - masing bersemangat.

Malangnya ketika rakaman ini berlangsung, satu insiden berlaku di mana salah seorang pemain patah tangan kerana tersangkut kakinya tatkala melakukan libas gulung. Masing - masing terkejut dan pemain berkenaan terus di bawa ke Hospital Serdang untuk rawatan. Saksikan rakaman ini.

[embed]http://www.youtube.com/watch?v=ZaBH3mAa95Q&list=UU4QmA4RCbwCwkRNI1Uk0oLQ[/embed]

No comments:

Post a Comment