26 February 2015

Kempen "Jom Tutup Aurat" oleh Regu SMK Seksyen 11 Shah Alam di MSSS 2015

Alhamdulillah dan rasa syukur yang tidak terhingga diucapkan kepada Allah SWT kerana memudahkan urusan bagi hambanya yang ingin menjadi insan yang cemerlang. Kempen "Jom Tutup Aurat" oleh regu SMK Seksyen 11 Shah Alam di Kejohanan Sepak Takraw Majlis Sukan Sekolah Selangor 2015 telah mendapat perhatian dan reaksi positif orang ramai.

Kempen ini telah diilhamkan oleh saudara Mohd Syarudin Nazir dan Mohd Jefry Abd Manap selaku Jurulatih Sepak Takraw di SMK Seksyen 11 Shah Alam. Idea ini timbul setelah mereka melihat selain elemen disiplin, penerapan elemen keagamaan juga memberi impak dan kesan yang positif kepada para pemain. Pembentukan sahsiah dan akhlak para pemain juga penting untuk memastikan mereka ini mempunyai kualiti sebagai seorang ahli sukan profesional.

Kalau bukan kita, siapa lagi?
Kalau bukan sekarang, bila lagi?

Berikut merupakan foto yang dikongsikan :





Temubual wartawan Sinar Harian dengan Presiden MBR

Terima kasih diucapkan kepada saudara Subkhi Sudarji selaku wartawan kolum sukan akhbar Sinar Harian kerana telah menemubual pihak MBR. Berikut merupakan beberapa foto yang dapat kami kongsikan bersama anda semua :




Artikel penuh boleh dibaca di : http://www.sinarharian.com.my/sukan/mbr-pencetus-fenomena-1.363654

Ralat :

Mohsen Amdan
www.bolarotan.blogpsot.com
10,600 ahli

20 February 2015

Siri Jelajah Gelanggang - Kulim 2015

Akhirnya Siri Jelajah Gelanggang kembali ke Kedah. Kali ini dalam sehari saya berjaya ke 2 gelanggang di mana bermula dengan revisit ke Pokok Manggis dan selepas itu saya terus je Junjung. Pokok Manggis masih dalam kelasnya yang tersendiri meski hampir separuh yang beraksi tadi tidak saya kenali. Namun, mujur kebanyakan mereka mengenali saya . Oleh itu kurang sikit terasa janggal kerana ketibaan saya sudah lewat dan seperti biasa, mereka bermain dalam format undi setiap hari.

Seterusnya saya dicadangkan ke Air Puteh Junjung. Di sana terdapat 2 gelanggang aktif dengan level yang berbeza. Setiba di sana perlawanan sudah rancak dan lebih kurang 5-6 regu bersilih ganti. Maka saya membuat keputusan untuk tidak menyarung kasut dan sebaliknya merakam video saja.

Saksikan video di bawah


19 February 2015

Mini Trio Impian - Kampung Keladi Kulim

Hari ini sepatutnya saya mahu menziarahi gelanggang Pokok Manggis di Kulim, tetapi mungkin kerana Tahun Baru Cina jadi tiada orang pula. Saya lanjutkan perjalanan ke Kg Keladi dan tidak mengharapkan ada orang muncul selain dari saya pun kerana jam baru 5.15 petang.

Sesampai di sana, ada dua orang pelajar sekolah rendah yang sedang giat berlatih sendirian. Dengan pakaian lengkap saya dapat mengagak yang setidaknya mereka ini  boleh bermain dengan baik  sesuai dengan usia mereka.

Setelah saya memakai kasut hadir lagi seorang yang sedikit berusia berdasarkan saiz badannya. Saya mulakan dengan perlawanan double bagi melihat kemampuan mereka.

Kemudiannya datang seorang demi seorang, maka saya berubah fikiran. Alang - alang pemain otai di Kg Keladi belum sampai kecuali Abg Mat Kapiu, baik saya kongsikan sedikit ilmu yang ada. Maka terjadilah Mini Trio Impian di Kg Keladi.

Saksikan rakaman penuh di bawah.


17 February 2015

Jelajah Gelanggang Siri 2 - Kampung Melaka Cheras


Sesi Warm up

Salam..

"Bro..jom main kat Kg Melaka"
"Keras tak situ?"

Itu antara dialog saya dan Syaril melalui Facebook petang semalam. Selepas satu insiden yang kurang seronok untuk diceritakan, Syaril dan beberapa rakan ingin mengubah angin ke gelanggang lain.

Brader Mie yang bersaiz kecil tetapi memiliki libasan yang konsisten masuk

Dalam siri 2 Jelajah Gelanggang ini, saya berkesempatan ke salah satu gelanggang lagenda di Cheras iaitu Kampung Melaka. Berdekatan dengan Pekan Batu 9, gelanggang ini boleh di akses dari Jalan Cheras melalui Taman Suntex atau melalui simpang Batu 9 berdekatan simpang ke SMK Perimbun. Sejak saya kecil, nama gelanggang ini sering menjadi sebutan di mana ketika saya mewakili SMK Tiinggi Kajang, SMK Perimbun menjadi juara peringkat bawah 15 tahun yang diketuai oleh Ipin (bukan Upin dan Ipin) yang bermain diposisi killer) Beliau terkenal dengan lipat tongkatnya dan kepala yang dibalut dengan kain putih. Gaya hayunan tangannya ketika melakukan libas Maniam juga menjadi ikutan. Maka bila di tanya, siapa tu..oo itu Ipin..dia main di Kampung Melaka tu..situ banyak STAR!!!

Black melakukan libasan..khabarnya baru pulih dari kecederaan

Gelanggang yang sudah berusia lebih 25 tahun ini kelihatan mengujakan kerana masih terasa feel kampungnya. Dengan pokok yang merimbun dan persekitaran yang mendamaikan, udaranya sangat baik untuk ahli sukan - dengan harapan tiada yang merokok atau melepaskan angin yang tidak sepatutnya. Setiba saya di gelanggang ini, kelihatan sekumpulan pelajar sekolah sedang bermain. Dimaklumkan mereka ini dilatih oleh Brader Amir (Coach MPAJ / MPSJ dan beberapa lagi). Seramai lebih kurang 20 pemain yang akan berlatih pada Sabtu dan Ahad setiap minggu berdasarkan kelapangan Brader Amir.

Wak ni tongkatnya tidak bermata..bahaya!!!

Satu ketika dulu, lagenda takraw iaitu Raziman juga pernah bermain digelanggang ini. Selain itu gelanggang ini juga aktif menganjurkan perlawan terbuka dan tertutup. Malahan pada satu ketika gelanggang ini aktif pada waktu malam.

Antara golongan pelajar sekolah yang turut bermain

Menurut brader Wan, kini jumlah pemain sudah agak berkurangan. Rata - rata cuma 4 hingga 5 regu sahaja yang aktif. Selebihnya pemain luar yang kadang kala singgah bermain. Sekiranya anda berminat mengadakan perlawanan dengan mereka atau menjemput pasukan mereka ke tempat anda , anda boleh berhubung dengan Brader Mie di talian 012-324 0848

Lebih gambar di facebook saya - cari Mohsen Amdan

08 February 2015

Liga ADTP Siri Shah Alam - Format baru dalam ujian

Akhirnya setelah berbincang secara mendalam dan ujian pertama telah dilakukan bulan lalu, Liga Air Di Cincang Takkan Putus (ADTP) edisi sulung 2015 berjaya dijalankan dengan menggunakan sistem permainan baru dalam sepaktakraw.

Masih diperingkat ujian, sistem baru ini menggunakan time-frame dan servis dibelakang garisan dengan sistem 'Service - Fault' .

Lokasi ADTP kali ini ialah di SMK Seksyen 11 Shah Alam dengan 3 gelanggang beroperasi yang berjaya menarik penyertaan sebanyak 12 regu.

Saksikan video di bawah dan komen dari anda amatlah dihargai.