01 April 2015

Pengadil MBR kini bersedia!

Alhamdulillah, baru - baru ini telah berjaya dilangsungkan Bengkel Kepengadilan Sepaktakraw Tahap 1 MBR dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di mana program sehari bagi memberikan input kepada ahli MBR yang berminat dalam bidang kepengadilan. 


Fasa ini penting dalam memberi lonjakan kepada MBR sendiri yang selama ini banyak mengendalikan kejohanan maka memiliki barisan pengadil sendiri amatlah penting. Bukanlah bermaksud MBR tidak akan menggunakan khidmat pengadil yang lain tetapi proses mendidik penggiat ini akan berterusan agar ilmu kepengadilan ini sampai ke semua peringkat. Apabila lebih ramai yang faham mengenai peraturan dan undang - undang, maka mutu penganjuran dan permainan dapat dipertingkatkan.

Pengadil MBR juga akan berpakaian seragam serta memiliki kit sendiri bagi memudahkan mereka bertugas. Syukur kepada Allah kerana selesai sahaja program berkenaan, peserta terus diberikan tawaran mengendalikan kejohanan oleh beberapa pihak sehinggakan Persatuan Pengadil sebuah negeri panas punggong kerana beranggapan MBR telah potong jalan dan menutup periuk nasi mereka. Walhal ini semua tidak benar sama sekali kerana MBR tidak pernah melobi bangi mendapatkan apa - apa tawaran kejohanan.

Selain mendalami ilmu kepengadilan, sesi brainstorming turut dijalankan bagi mencari idea menambah baik mutu kepengadilan sekarang ini. Antara yang akan dibuat ialah pemakaian pakain seragam pengadil MBR yang lebih mesra persekitaran. Tiada kemeja, baju kot dan tali leher atau bush jacket tebal kerana kebanyakan suasana perlawanan adalah dalam suhu agak tinggi. Warna yang terang juga dipilih bagi memudahkan pengadil dilihat sepanjang kejohanan berlangsung.

Semoga sepaktakraw akan terus mengalami proses peningkatan dan sokongan anda semua amatlah dihargai.

Baju rasmi Pengadil MBR berkuatkuasa 12 April 2015

1 comment: