06 May 2015

Ganjaran Pemenang Piala Datuk Johan Ditingkatkan



Sambutan hangat yang diterima dari penyertaan Kejohanan Sepak Takraw Sg.Jelok 2015 bagi merebut Piala Datuk Johan hujung minggu ini, membuatkan penganjur meningkatkan keseluruhan ganjaran wang tunai kepada RM1 ribu.

Terdahulu, Kelab Sukan Sri Pengaman pada peringkat awal sekadar menawarkan wang tunai keseluruhan sebanyak RM800 bagi empat pemenang yang berjaya menempatkan diri ke separuh akhir.

Begitupun, selepas mendapat maklum balas positif dari penggiat sukan sepak takraw khususnya di sekitar Lembah Klang, akhirnya penganjur menambahkan ganjaran bagi merancakkan saingan kejohanan tersebut.

Kejohanan edisi kedua pada 10 Mei ini, bakal menyaksikan pertembungan 32 regu.

Juara kejohanan ini bakal meraih wang tunai sebanyak RM500, piala pusingan sumbangan Datuk Haji Johan Abdul Aziz (ADUN Semenyih) dan cenderhati sementara naib juara menerima wang tunai RM300 berserta cenderhati.

Sementara itu, regu yang terkandas diperingkat separuh akhir bakal membawa pulang RM100 dan cenderhati setiap regu.

Yuran sebanyak RM50 dikenakan kepada setiap regu yang mengambil bahagian dan penyertaan 32 regu berdasarkan pembayaran awal kepada akaun pihak penganjur.

Bagi mereka yang berminat untuk menyertai kejohanan yang berlangsung di Gelanggang Sepak Takraw Taman Sri Pengaman, Sg.Jelok hujung minggu ini, pembayaran harus dibuat menerusi akaun Maybank ( Mohd Huzairi Johari) 162021395334 atau hubungi pihak penganjur Khaidir (019-6040123) atau Botak (017-7931031).

No comments:

Post a Comment