20 May 2015

Terukkah disiplin pemain negara?



Beberapa hari lalu muncul di satu portal berita mengenai atlit negara tidak berkelakuan baik (misbehavior) di Sukan Asia Incheon sebelum ini yang mana pelbagai kesalahan tingkahlaku moral yang mengakibatkan kerosakan harta benda dan pelanggaran undang - undang. Lebih memeranjatkan apabila skuad sepaktakraw negara mendahului carta dengan jumlah denda yang sangat besar.




Ketika artikel ini ditulis, beberapa pemain negara sedang berada di Korea Selatan bagi siri perlawanan persahabatan dan berita ini pastinya tidak menyedapkan telinga mendengar. Ketika di Sukan Asia Incheon, skuad sepaktakraw negara turut dihangatkan dengan insiden Pengurus Pasukan tidak muncul di temasya terhebat Asia itu. 

Maka pelbagai spekulasi timbul.

Apa yang berlaku sebenarnya? Kenapa pemain sepaktakraw negara kita bertindak sedemikian? Adakah menzahirkan rasa tidak puas hati? Adakah ini satu sabotaj?

No comments:

Post a Comment