29 June 2015

Kempen Tabung Bantuan Adik Adnin Insyirah bt. Amirul Izani

Salam Ramadhan buat semu sahabat Bolarotan.
Alhamduliilah, minggu lalu Masyarakat Bolarotan telah berjaya menganjurkan satu Liga ADTP edisi Ramadhan 2015 bagi mengutip dana membantu sahabat MBR Hazrul a.k.a Roy yang terlantar sakit akibat kemalangan jalanraya dan sejumlah RM500 berjaya dikutip dan diserahkan kepada isteri beliau.

Terkini seorang lagi sahabat MBR dari Perlis iaitu Amirul Izani dan keluarga berdepan ujian Allah dan memerlukan kita untuk bersama berganding bahu membantu kos pembedahan anaknya iaitu adik Adnin Insyirah. Perkara ini sudah tersebar di laman sosial dan kini peranan kita sebagai sahabat MBR amat ditagih bagi sedikit sebanyak membantu bagi mencukupkan amaun RM60,000 yang diperlukan itu. Hari ini mungkin gilirann Allah menguji Amirul Izani melalui anaknya, siapa tahu esok lusa giliran kita?

Amirul yang menetap di Perlis ini adalah bekas kakitangan UNIMAP dan juga aktif dalam sepaktakraw sebgai pemain selain beliau juga bergiat sebagai pengadil.

Maka Bolarotan kini melancarkankan kempen menyumbang kepada pasangan ini dengan cara membuat transfer terus ke akaun milik mereka atau boleh ke tabung MBR bagi dikumpulkan untuk serahan.

Insya Allah Bolarotan akan cuba merancang satu lagi siri ADTP bagi tujuan ini sebelum Syawal tiba.
Diharapkan sahabat yang membaca entri ini menyebar luaskan maklumat ini setidaknya bagi membantu lebih ramai dapat peluang membantu sahabat kita ini.

Berikut dilampirkan mesej asal yang tersebar di laman sosial.


Assalamualaikum,
Anakanda kami Adnin Insyirah bt Amirul Izani mengidap sakit jantung ( Large PDA n Coartation of Aorta) akan menjalani pembedahan di Gleaneagles Penang. Sebab buat di GMC krna keadaan jantung Insyirah semakin lemah  dan pakar bedah minta jgn tangguh terlalu lama. Utk buat di IJN dan Hospital Serdang perlu tggu giliran yg pjg. Kos dianggarkan dlm  RM60k. Kami dgn rasa rendah hati  ingin memohon pertolongan drpd saudara mara sekiranya sudi memberi sedikit sumbangan utk menampung kos tersebut.

Akaun Maybank :
Amirul Izani bin Ghozali
164418038756

Izan Shuhada bt Idris
159012663347




25 June 2015

Siri Jelajah Gelanggang - Lojing Gua Musang Kelantan

Baru - baru ini saya berkesempatan ke Bukit Sireh Kelantan bagi mengendalikan satu kursus Pengurusan Akaun untuk Usahawan RISDA dan hajat selama 4 hari di sana mencari gelanggang untuk di adakan SJG berakhir dengan kegagalan. Faktor cuaca dan tiada orang ke gelanggang adalah antara puncanya dan akhirnya rancangan SJG Kelantan berkubur.

Namun, ketika perjalanan pulang ke Kuala Lumpur hati ini digerakkan Allah untuk tidak melalui laluan Pahang sebaliknya saya terarah untuk melalui Cameron Highland. Dalam perjalanan melalui bukit bukau tiba - tiba ternampak ada sebuah gelanggang di atas bukit dengan beberapa orang sedang menimang bola. Saya membuat kepuitusan untuk berhenti dan selebihnya ialah sejarah!



Saksikan rakaman yang sempat dibuat untuk anda. Kepada yang akan pulang beraya melalui jalan Cameron - Gua Musang, jangan lepaskan peluang bergasak dengan mereka!


19 June 2015

Kempen Kasut Masyarakat - Kasut sepaktakraw terpakai anda mungkin membantu bintang dalam pembikinan!


Bolarotan.com menerusi Masyarakat Bolarotan kini menjalankan satu kempen mengumpul dan menyumbangkan kasut sepaktakraw terpakai kepada mereka yang memerlukan. Kami sangat yakin di luar sana ramai yang memiliki lebih dari sepasang kasut sepaktakraw yang masih elok dan sudah tidak menggunakannya atas pelbagai sebab. Antaranya:

1. Silap beli
2. Silap saiz
3. Pemilik mengalami kecederaan dan terpaksa berhenti beraksi
4. Pemilik sudah tidak punya masa untuk beraksi
5. Pemilik sudah bertukar posisi, maka jenis kasut juga berubah
6. Pemilik sudah memiliki kasut baru yang jauh lebih sesuai
7. Dan seribu satu sebab yang anda boleh fikirkan sendiri.

Pengalaman kami ke merata tempat menemukan kami dengan ramai orang yang bermain sepaktakraw dengan kasut yang tidak sesuai. Ini diakibatkan oleh pelbagai sebab juga. Antaranya:

1. Tiada sumber terdekat untuk membeli kasut yang sesuai
2. Tidak punya pengetahuan mendalam untuk jenis kasut yang sesuai
3. Tidak punya wang mencukupi untuk membeli kasut yang sesuai (terutamanya pelajar sekolah yang akhirnya belasah kasut sekolah yang diguna harian)
4. Dan pelbagai sebab lagi...

Maka, inisiatif ini diambil. Setakat ini sudah beberapa pasang kasut diterima oleh kami dari pelbagai sumber dan kami akan mula menggerakkan pengagihan seawal Aidilfitri ini.

Tidak kira jenis kasut yang anda miliki, mahal, murah fancy atau tidak yang penting keadaanya masih elok untuk diberikan kepada orang lain.

Jika anda merasakan ingin turut serta, sila emailkan foto kasut dan butiran saiz, jenis dan maklumat berkaitan ke bolarotan@gmail.com untuk diproses selepas itu.

Mohon sebarkan kempen ini.

17 June 2015

14 June 2015

Akademi Sepaktakraw Batu Kurau (ASTAB)

Kali pertama saya mendengar nama ASTAB ini ketika saya membuat liputan KFC-Utusan edisi kedua di sirkit Utara yang berlangsung di Alor Setar. Ketika itu, pasukan ASTAB mengenengahkan seorang apit kanan muda dengan kemampuan melibas menggunakan kaki kiri dan kanannya yang ketika itu baru sahaja berusia 14 tahun. Kini belaiu sedang menjalani rekrut di ATM di bawah TUDM.

ASTAB yang sudah mencecah usia kelapannya sehingga kini masih tidak pernah menerima waima sebiji bola pun dari Persatuan Sepaktakraw Perak mahupun dari MSN Negeri Perak. Meskipun produk yang dilahirkan hebat namun dipandang sepi oleh 2 entiti ini. Apa yang menyedihkan, pihak terbabit hanya akan menghubungi pemain keluaran ASTAB bagi memancing mereka beraksi untuk negeri Perak tanpa melalui ASTAB!

Kini, di bawah kendalian Cikgu Amran selaku Pengerusi ASTAB, mereka semakin bergerak ke depan. Sejak 2013, ASTAB makin berubah wajah. Kini dengan 30 pelatih yang menjalani latihan dari jam 3 - 5 petang untuk latihan fizikal dan sambung sehingga Maghrib untuk latihan gelanggang, ASTAB sudah memiliki beberapa produk yang bagus untuk di ketengahkan. Selain pelatih lelaki berusia semuda 9 tahun, ASTAB turut memiliki 4 orang pelatih wanita dengan 2 dari mereka sudah mewakili SUKMA Perak.

En. Ismi, seorang pesara tentera mengerahkan seluruh jiwaraganya untuk melatih anak - anak muda ini. Setiap hari, beliau akan membawa ibunya yang lumpuh ke gelanggang bagi menemaninya menjalankan latihan malah beliau turut menggunakan duit pencennya sendiri untuk membangunkan ASTAB dan latihan. Ini adalah satu pengorbanan luar biasa dan perlu dibantu agar ia berkembang pesat.

Sehingga kini, banyak pelajar dari ASTAB ditawarkan ke sekolah sukan Perak kendalian 2 jurulatih hebat iaitu En. Suhairi Aziz dari SM Gunung Rapat dan En. Jais dari SM Dato' Hussein.

Pada hemat saya, ASTAB sememangnya sangat bertuah kerana mempunyai tanah yang luas untuk dibangunkan menjadi kompleks sukan seperti ini. Malah YB ADUN turut menyatakan bahawa beliau akan membawa ke mesyuarat EXCO bagi permohonan menaiktaraf kemudahan sedia ada selaras di bawah pelan RMK 11.

ASTAB turut merancang untuk menyertai Kejohanan KFC Utusan 2015 akan datang dalamm 2 kategori iaitu U16 dan U20 dan mensasarkan keperingkat separuh akhir. 


Persiapan di waktu pagi

4 gelanggang berbumbung dan berjaring di bahagian luar

Urusetia kejohanan

Otai Mat Deris dan Hamid Perak turut bergasak

YB Dato' Dr. Haji Amin berucap merasmikan majlis

Pengarah JBS Negeri Perak memotong riben merasmikan kejohanan



YB ADUN Batu Kurau dan barisan kepimpinan ASTAB
En. Ismi kiri (sekali duduk)