14 June 2015

Akademi Sepaktakraw Batu Kurau (ASTAB)

Kali pertama saya mendengar nama ASTAB ini ketika saya membuat liputan KFC-Utusan edisi kedua di sirkit Utara yang berlangsung di Alor Setar. Ketika itu, pasukan ASTAB mengenengahkan seorang apit kanan muda dengan kemampuan melibas menggunakan kaki kiri dan kanannya yang ketika itu baru sahaja berusia 14 tahun. Kini belaiu sedang menjalani rekrut di ATM di bawah TUDM.

ASTAB yang sudah mencecah usia kelapannya sehingga kini masih tidak pernah menerima waima sebiji bola pun dari Persatuan Sepaktakraw Perak mahupun dari MSN Negeri Perak. Meskipun produk yang dilahirkan hebat namun dipandang sepi oleh 2 entiti ini. Apa yang menyedihkan, pihak terbabit hanya akan menghubungi pemain keluaran ASTAB bagi memancing mereka beraksi untuk negeri Perak tanpa melalui ASTAB!

Kini, di bawah kendalian Cikgu Amran selaku Pengerusi ASTAB, mereka semakin bergerak ke depan. Sejak 2013, ASTAB makin berubah wajah. Kini dengan 30 pelatih yang menjalani latihan dari jam 3 - 5 petang untuk latihan fizikal dan sambung sehingga Maghrib untuk latihan gelanggang, ASTAB sudah memiliki beberapa produk yang bagus untuk di ketengahkan. Selain pelatih lelaki berusia semuda 9 tahun, ASTAB turut memiliki 4 orang pelatih wanita dengan 2 dari mereka sudah mewakili SUKMA Perak.

En. Ismi, seorang pesara tentera mengerahkan seluruh jiwaraganya untuk melatih anak - anak muda ini. Setiap hari, beliau akan membawa ibunya yang lumpuh ke gelanggang bagi menemaninya menjalankan latihan malah beliau turut menggunakan duit pencennya sendiri untuk membangunkan ASTAB dan latihan. Ini adalah satu pengorbanan luar biasa dan perlu dibantu agar ia berkembang pesat.

Sehingga kini, banyak pelajar dari ASTAB ditawarkan ke sekolah sukan Perak kendalian 2 jurulatih hebat iaitu En. Suhairi Aziz dari SM Gunung Rapat dan En. Jais dari SM Dato' Hussein.

Pada hemat saya, ASTAB sememangnya sangat bertuah kerana mempunyai tanah yang luas untuk dibangunkan menjadi kompleks sukan seperti ini. Malah YB ADUN turut menyatakan bahawa beliau akan membawa ke mesyuarat EXCO bagi permohonan menaiktaraf kemudahan sedia ada selaras di bawah pelan RMK 11.

ASTAB turut merancang untuk menyertai Kejohanan KFC Utusan 2015 akan datang dalamm 2 kategori iaitu U16 dan U20 dan mensasarkan keperingkat separuh akhir. 


Persiapan di waktu pagi

4 gelanggang berbumbung dan berjaring di bahagian luar

Urusetia kejohanan

Otai Mat Deris dan Hamid Perak turut bergasak

YB Dato' Dr. Haji Amin berucap merasmikan majlis

Pengarah JBS Negeri Perak memotong riben merasmikan kejohanan



YB ADUN Batu Kurau dan barisan kepimpinan ASTAB
En. Ismi kiri (sekali duduk)

No comments:

Post a Comment