19 June 2015

Kempen Kasut Masyarakat - Kasut sepaktakraw terpakai anda mungkin membantu bintang dalam pembikinan!


Bolarotan.com menerusi Masyarakat Bolarotan kini menjalankan satu kempen mengumpul dan menyumbangkan kasut sepaktakraw terpakai kepada mereka yang memerlukan. Kami sangat yakin di luar sana ramai yang memiliki lebih dari sepasang kasut sepaktakraw yang masih elok dan sudah tidak menggunakannya atas pelbagai sebab. Antaranya:

1. Silap beli
2. Silap saiz
3. Pemilik mengalami kecederaan dan terpaksa berhenti beraksi
4. Pemilik sudah tidak punya masa untuk beraksi
5. Pemilik sudah bertukar posisi, maka jenis kasut juga berubah
6. Pemilik sudah memiliki kasut baru yang jauh lebih sesuai
7. Dan seribu satu sebab yang anda boleh fikirkan sendiri.

Pengalaman kami ke merata tempat menemukan kami dengan ramai orang yang bermain sepaktakraw dengan kasut yang tidak sesuai. Ini diakibatkan oleh pelbagai sebab juga. Antaranya:

1. Tiada sumber terdekat untuk membeli kasut yang sesuai
2. Tidak punya pengetahuan mendalam untuk jenis kasut yang sesuai
3. Tidak punya wang mencukupi untuk membeli kasut yang sesuai (terutamanya pelajar sekolah yang akhirnya belasah kasut sekolah yang diguna harian)
4. Dan pelbagai sebab lagi...

Maka, inisiatif ini diambil. Setakat ini sudah beberapa pasang kasut diterima oleh kami dari pelbagai sumber dan kami akan mula menggerakkan pengagihan seawal Aidilfitri ini.

Tidak kira jenis kasut yang anda miliki, mahal, murah fancy atau tidak yang penting keadaanya masih elok untuk diberikan kepada orang lain.

Jika anda merasakan ingin turut serta, sila emailkan foto kasut dan butiran saiz, jenis dan maklumat berkaitan ke bolarotan@gmail.com untuk diproses selepas itu.

Mohon sebarkan kempen ini.

No comments:

Post a Comment