29 June 2015

Kempen Tabung Bantuan Adik Adnin Insyirah bt. Amirul Izani

Salam Ramadhan buat semu sahabat Bolarotan.
Alhamduliilah, minggu lalu Masyarakat Bolarotan telah berjaya menganjurkan satu Liga ADTP edisi Ramadhan 2015 bagi mengutip dana membantu sahabat MBR Hazrul a.k.a Roy yang terlantar sakit akibat kemalangan jalanraya dan sejumlah RM500 berjaya dikutip dan diserahkan kepada isteri beliau.

Terkini seorang lagi sahabat MBR dari Perlis iaitu Amirul Izani dan keluarga berdepan ujian Allah dan memerlukan kita untuk bersama berganding bahu membantu kos pembedahan anaknya iaitu adik Adnin Insyirah. Perkara ini sudah tersebar di laman sosial dan kini peranan kita sebagai sahabat MBR amat ditagih bagi sedikit sebanyak membantu bagi mencukupkan amaun RM60,000 yang diperlukan itu. Hari ini mungkin gilirann Allah menguji Amirul Izani melalui anaknya, siapa tahu esok lusa giliran kita?

Amirul yang menetap di Perlis ini adalah bekas kakitangan UNIMAP dan juga aktif dalam sepaktakraw sebgai pemain selain beliau juga bergiat sebagai pengadil.

Maka Bolarotan kini melancarkankan kempen menyumbang kepada pasangan ini dengan cara membuat transfer terus ke akaun milik mereka atau boleh ke tabung MBR bagi dikumpulkan untuk serahan.

Insya Allah Bolarotan akan cuba merancang satu lagi siri ADTP bagi tujuan ini sebelum Syawal tiba.
Diharapkan sahabat yang membaca entri ini menyebar luaskan maklumat ini setidaknya bagi membantu lebih ramai dapat peluang membantu sahabat kita ini.

Berikut dilampirkan mesej asal yang tersebar di laman sosial.


Assalamualaikum,
Anakanda kami Adnin Insyirah bt Amirul Izani mengidap sakit jantung ( Large PDA n Coartation of Aorta) akan menjalani pembedahan di Gleaneagles Penang. Sebab buat di GMC krna keadaan jantung Insyirah semakin lemah  dan pakar bedah minta jgn tangguh terlalu lama. Utk buat di IJN dan Hospital Serdang perlu tggu giliran yg pjg. Kos dianggarkan dlm  RM60k. Kami dgn rasa rendah hati  ingin memohon pertolongan drpd saudara mara sekiranya sudi memberi sedikit sumbangan utk menampung kos tersebut.

Akaun Maybank :
Amirul Izani bin Ghozali
164418038756

Izan Shuhada bt Idris
159012663347




No comments:

Post a Comment