29 September 2015

Sekitar Majlis Taklimat dan Undian KFC-Utusan 2015

Teks :Mohsen Amdan
Foto :Saadku Idamkan Khan
Telah berlangsung pada 27 September 2015 yang lalu di ruang legar utama Galaxy Ampang satu majlis taklimat dan undian Kejohanan Sepaktakraw KFC-Utusan 2015 di mana wakil dan pengurus pasukan bertanding hadir untuk mendapatkan maklumat terkini dan menyempurnakan undian perlawanan. Dengan jumlah regu hampir mencecah 230 , pihak Utusan kini dalam proses mendapatkan pengiktirafan Malaysia Book of Record sebagai Jumlah Regu Terbanyak Bertanding Dalam Kejohanan Sepaktakraw di Malaysia.

Selain itu, turut dilangsungkan beberapa acara promo di mana hadiah ditaja oleh UO Superstore berupa voucer membeli belah dan beberapa barangan lain seperti dari Adabi dan 100 Plus.

Berikut ialah foto yang sempat dirakamkan buat kita semua berkongsi suasana meriah ini.

Lebih foto boleh di lihat di sini



































28 September 2015

50 Sports 50 Weeks

Penulis : Mohsen Amdan


Agak terlewat juga saya menyiarkan berita ini. Tapi bak kata peribahasa, Better Late Than Never! maka saya tuliskan juga berita ini buat rujukan di masa akan datang,

Saya di hubungi oleh Paul dari Australia melalui ahli MBR dari Australia iaitu Daniel yang juga merupakan pemain sepaktakraw Australia. Pertemuan di Malaysia ini semuanya diaturkan oleh saya dan Paul melalui emel semata - mata.

50 Weeks 50 Sports ini adalah satu rakaman perjalanan oleh Paul bersama isteri dan anaknya ke serata dunia bagi melengkapkan cabaran 50 jenis sukan dalam masa 50 minggu. Kehadiran ke Malaysia ini adalah bagi merasai dan mempelajari sukan sepaktakraw dan dari 50 jenis sukan yang disenarai pendek, sepaktakraw adalah sukan ke 41 yang dicuba mereka.

Saya menempah dewan Sungai Sekamat dan menjemput beberapa ahli MBR yang juga ahli KSTSS untuk membantu proses ini. Paul dan keluarganya tiba awal sehari dan mereka sempat menikmati suasana Kuala Lumpur sebelum berpindah ke Ibiz Style Hotel Cheras bagi menyiapkan rakaman ini.

Paul yang rupanya masih cedera di tulang rusuk terlupa yang kesakitan itu masih ada. Beliau sangat teruja mencuba sukan ini dan sejujurnya, dia memberitahu saya setakat 41 sukan yang di cubanya, sepaktakraw adalah yang paling mencabar. Dalam keghairahan dia beraksi di gelanggang, tiba - tiba rusuknya sakit dan muka putihnya itu bertukar menjadi merah padam! Kami agak panik kerana tidak pasti apa yang berlaku dan mujur beberapa minit selepas itu Paul dapat mengawal keadaan.

Oh ya, dalam rakaman ini anak kepada Paul tiada kerana lena tidur di bilik hotel dek kepenatan meninjau kota Kuala Lumpur! Saksikan rakaman ini!

 Intro 50 Weeks 50 Sports



23 September 2015

RedBull Libas 2015 - koleksi foto dan video

Kali ini kami akan kongsikan koleksi foto dan video buat tatapan anda semua.
Apa yang saya boleh katakan ialah penganjuran Rebull Libas 2015 ini sangat banyak mendedahkan kami kepada pelbagai aspek penganjuran acara oleh syarikat bertaraf dunia. Insya Allah kami akan cuba mengolahnya dan disesuaikan dengan pendekatan Bolarotan.






















Fazil, bekas tekong negara ketika penggambaran promo

Penjaga garisan..dibelakangnya ialah pasukan sorak..


Bila pemenang diraikan


video