30 October 2015

Pelajar dari KUTAR datang menimba ilmu dari MBR



Ketika kejohanan LiSUS Kawasan Setiwangsa berlangsung pada 10 Oktober 2015 bersempena dengan Hari Sukan Negara 2015 yang lalu, saya menerima satu panggilan telefon dari satu nombor yang tidak saya kenali dan suaranya pula seperti gadis berbangsa Cina yang berusaha untuk berbahasa Melayu. Pada mulanya saya menyangka ia dari tele-marketer atau dari Call Center mana - mana bank tapi rupanya dari seorang pelajar Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (KUTAR).


Menurutnya dia dan rakan - rakannya perlu membuat satu tugasan (assignment) mengenai sepaktakraw dan mereka mahu belajar cara bermain sukan ini. Rupanya juag mereka sudah pun mengenalpasti jadual MBR dan berhajat untuk turut menyaksikan LiSUS Cheras yang kami anjurkan pada minggu seterusnya.

Mereka hadir di Kompleks Sukan Kg Pandan dikala saya sedang bergasak dalam gelanggang maka tugas melayani 5 adik - adik in saya serahkan kepada Setiausaha Agung MBR iaitu Norsyahriman Arif. Kemudiannya saya membawa mereka ke balapan untuk memberikan mereka 'tutorial' pantas mengenai sepaktakraw dan teknik asas iaitu menimang bola.

Ketika mereka menonton perlawanan regu saya berlaku pula satu kejadian diluar jangka iaitu pelajar wanita berbaju merah di dalam gambar itu telah terkena libasan padu dari killer saya - Jiji Baring tepat ke perutnya. Menangis!!! (Memang laju bola tu). Mujur tiada rakaman ketika itu kerana jika ada pasti itu akan jadi kenangan hebat buat pelajar itu.

Saksikan rakaman ini...


No comments:

Post a Comment