13 October 2015

Sepakraga Tuju - Sayap baru Bolarotan.com

Sepakraga Tuju (SRT) sememangnya sangat popular di utara tanah air. Saya sendiri pernah mencubanya tetapi bukan dalam mode perlawanan. Agak sukar buat anda yang kurang mahir menimang bola dengan menggunakan kaedah menyudu bola namun , SRT ini selalu menyebabkan pemainnya ketagih!


Keseronokan SRT ini dapat dirasakan di mana mereka boleh bermain berjam - jam lamanya. Konsep 'Kenduri' iaitu bermain SRT sambil dihidangkan makanan dan minuman sepanjang tempoh bermain adalah satu bentuk kegilaan ramai di utara. 

InsyaAllah, Bolarotan akan cuba menyelami SRT dengan lebih mendalam dan menjadikan SRT satu lagi cabang dalam MBR.

Sempena sambutan Hari Sukan Negara 2015, MBR telah diberikan kepercayaan untuk menganjurkan pertandingan SRT pertama kalinya di Bukit Kiara. Sebanyak 10 regu dari pelbagai tempat sekitar Lembah Klang telah mengambil bahagian dan pasukan dari Sungai Buloh menguasai 3 slot separuh akhir.

Video - video yang saya kongsikan di Facebook juga mendapat jumlah view yang banyak. Ini menandakan yang SRT juga memiliki peminat yang ramai.






Tahniah kepada semua yang menyertai dan dengan izin Allah, kita akan bersama - sama berusaha menaikkan lagi sukan SRT ini.




No comments:

Post a Comment