04 November 2015

Sepakraga - Pertunjukan buat perwakilan pelbagai negara

Pada 10 September 2015 MBR di jemput oleh Orchard Santika iaitu sebuah pengendali Homestay di Hulu Langat untuk menjayakan sambutan kepada wakil delegasi ASEAN yang hadir ke negara ini untuk mengadakan demonstrasi sukan rakyat iaitu sepakraga.





Wakil dari pelbagai negara antaranya, Palestin, Korea, China, Jepun, Laos dan banyak lagi lelaki dan wanita hadir untuk program selama 5 jam itu yang turut mempamerkan pelbagai elemen budaya lain seperti makanan, perkahwinan dan seni kraf.


Bersama saya ketika itu ialah Adek Yo, Din Feeder, Mahathir Kajang, Lan Biskut dan Ijal Pengulas melakukan demonstrasi selama hampir 2 jam dengan menggunakan bola Marathon terbaru iaitu Marathon Solo. Bola bersalut sintetik tebal ini tidak memeritkan walau kami menimang dengan berkaki ayam sahaja. Malah, ramai penonton tertanya - tanya sama ada kaki kami sakit atau tidak.


Sebagaimana biasa, bangsa asing akan sangat mudah tertarik dengan sukan ini kerana pergerakan yang tidak mudah (sengaja kami main stail fancy sikit) serta kawalan bola membuatkan pengunjung juga berminat menyertai kami walaupun nyata sekali pakaian mereka tidak bersesuaian.






Saksikan rakaman di bawah.



No comments:

Post a Comment